Home > Bahasa Melayu
Beberapa pelajar dapat kacamata percuma
Siaran Akhbar Kementerian Pendidikan
October 24th, 2017 | 09:47 AM | 789 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan (JPPP), bekerjasama dengan Syarikat Perfect Vision menganjurkan aktiviti amal sempena Hari Penglihatan Sedunia 2017 (World Sight Day 2017) yang bertemakan 'Make Vision Count' sebagai tanggungjawab sosial korporat bagi kedua-dua belah pihak kepada masyarakat.
Menurut Siaran Akhbar Kementerian Pendidikan, aktiviti tersebut diadakan di bangunan Kementerian Pendidikan yang melibatkan sekitar 124 pelajar dari 27 buah sekolah rendah kerajaan Daerah Brunei dan Muara. Aktiviti seumpama itu juga akan dilaratkan ke sekolah-sekolah rendah di daerah-daerah lain.
Hadir menyaksikan aktiviti berkenaan ialah pemangku Pengarah JPPP, Dr. Habibah binti Haji Sion dan kakitangan Syarikat Perfect Vision.
Pelajar-pelajar yang terpilih diberi bantuan khidmat pemeriksaan mata dan pengagihan kaca mata secara percuma kepada pelajar-pelajar yang berkenaan.
JPPP, Kementerian Pendidikan dengan tema aktivitinya, iaitu 'A Clear Vision On The Children Potentials' adalah bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah penglihatan agar dapat menjalani hidup yang lebih baik, menjadi lebih produktif dan memberikan tumpuan sepenuhnya di dalam pembelajaran mereka.
Objektif lain aktiviti berkenaan untuk menghidupkan lagi Hari Penglihatan Sedunia di negara ini yang mengutamakan kewaspadaan global pada masalah penglihatan sesetengah penduduk dunia.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]