FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>           This hopping robot with flailing legs could explore asteroids in the future           >>           GPT-4 performed close to the level of expert doctors in eye assessments           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berangkat Ke Majlis Ulang Tahun Puja Usia


 


 October 22nd, 2017  |  10:21 AM  |   1056 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Majlis Meraikan Ulang Tahun Hari Puja Usia baginda bertempat di Royal Berkshire, Jerudong Park and Polo Country Club, Jerudong, di sini.

 

Majlis dianjurkan oleh Kumpulan Isteri-isteri Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dijunjung oleh Pengerusi Kumpulan Isteri-isteri Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu, Datin Paduka Dayang Hajah Jahrah binti Haji Mohammad serta isteri-isteri Menteri Kabinet.

 

Berangkat sama, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

 

Sejurus keberangkatan tiba, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri bersama kerabat diraja yang lain dijunjung bagi mengabadikan gambar kenangan bersama ahli-ahli kumpulan.

 

Datin Paduka Dayang Hajah Jahrah binti Haji Mohammad dalam sembah alu-aluannya selaku Pengerusi Majlis bagi mewakili seluruh ahli-ahli kumpulan, sukacita merafak sembah menjunjung kasih setinggi-tingginya atas perkenan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri kerana keberangkatan baginda itu mencerminkan sikap prihatin dan sokongan baginda terhadap kegiatan-kegiatan yang diungkayahkan oleh kumpulan ini, yang seterusnya akan menjadi penyuntik semangat untuk terus berusaha sama-sama memainkan peranan dalam menyokong apa jua dasar dan hasrat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Bagi memupuk perpaduan di kalangan para ahli jelasnya, kumpulan ini sering berusaha untuk berkumpul sambil mengadakan aktiviti santai seperti belajar memasak dan beriadah bersama-sama.

 

Seterusnya Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan memotong kek Hari Puja Usia dan menerima pesambah daripada ahli-ahli kumpulan.

 

Majlis turut diserikan dengan beberapa persembahan nyanyian daripada ahli-ahli kumpulan.

 

Antara lagu yang turut disembahkan adalah lagu 'Sembah Tahniah', digubah khas bagi meraikan Hari Puja Usia Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.

 

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri juga berkenan menerima junjung ziarah dan beramah mesra dengan ahli-ahli kumpulan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelitabrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16