FacebookInstagramTwitterContact

 

Study Claims Drinking A Mug Of Black Tea Provides Enough Nutrients To Prevent COVID Infection           >>           Buyers Beware: Turmeric Products Are Often Contaminated With Lead           >>           Calcium: Why You Need It, Debunking Myths About It, And The Best Plant-Based Food Sources Of This Important Mineral           >>           Rubber Duck Washes Up On Scottish Beach 18 Years After It Was Released In Ireland           >>           Sainsbury’s Finally Gets The Price Of Freddo Right — After 19 Years           >>           Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tinjau Perkembangan Sekolah Kluster 3


 


 October 22nd, 2017  |  10:14 AM  |   1984 views

MUKIM LUMAPAS

 

Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman  telah  mengadakan lawatan ke dua buah sekolah di Kluster 3 iaitu Sekolah Rendah Putat, Jalan Putat Baong dan Sekolah Rendah Kasat, Kampung Kasat.

 

Menyertai rombongan tersebut  ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Datin Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh; Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dayang Nadia Lee Siew Hoon binti Abdullah; Pemangku Pengarah Sekolah-Sekolah, Awang Zaman bin Haji Gapar; pegawai-pegawai kanan dan kakitangan dari Kementerian Pendidikan.

 

Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan rombongan memulakan lawatan ke Sekolah Rendah Putat. Ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Penghulu Mukim Lumapas dan Penasihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah, Awang Haji Abu Bakar bin Mansor dan Guru Besar Sekolah Rendah Putat, Dayang Hajah Masnoh binti Haji Mahali.

 

Di sekolah tersebut, rombongan diberikan taklimat yang disampaikan oleh Guru Kanan Sekolah Rendah Putat, Dayang Nurul Nabilah binti Haji Ibrahim yang antaranya mengongsikan perkembangan dan pencapaian pelajar-pelajar dan strategi-strategi untuk meningkatkan prestasi sekolah diikuti dengan sesi soal jawab.

 

Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan rombongan  mengambil kesempatan meninjau kelas-kelas dari peringkat Pra hingga Tahun 6 dan kelas Pendidikan Khas sekolah tersebut di samping berpeluang melihat secara lebih dekat sesi pembelajaran dan prasarana yang disediakan di sekolah berkenaan.

 

Sementara lawatan Yang Berhormat Pehin dan rombongan ke  Sekolah Rendah Kasat, Kampung Kasat  telah  dialu-alukan oleh Pemangku Guru Besar Sekolah Rendah Kasat, Awang Md Hashnalhakim bin Haji Abd Halim.

 

Semasa berada di sekolah berkenaan, Yang Berhormat Pehin memulakan lawatan ke kelas Pra dan ICT kemudian ke bilik kelas Tahun 4 hingga Tahun 6. Sekolah Rendah Kasat telah beroperasi lebih dari 60 tahun dan sekolah tersebut sekarang mempunyai seramai 75 pelajar, 15 orang guru dan 8 orang kakitangansekolah.

 

 Rombongan kemudian mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Kasat. Antara pengisian taklimat termasuk perkembangan, pencapaian dan prestasi pelajar-pelajar Tahun 6, prasarana dan cabaran-cabaran yang dihadapi sekolah yang diakhiri dengan sesi soal jawab. Dari sesi taklimat dan soal jawab berkenaan, Yang Berhormat Menteri Pendidikan memberi pandangan mengenai peningkatan inisiatif dan kaedah pembelajaran secara berkesan untuk meningkatkan mutu dan prestasi pelajar di masa yang akan datang.

 

Di akhir lawatan,  Menteri Pendidikan dan rombongan juga berpeluang melawat Galeri Warisan Sekolah Rendah Kasat sempena sambutan Jubli Emas sekolah tersebut pada tahun 2008.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelitabrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12