Home > Bahasa Melayu
Menteri Pendidikan terima kunjungan hormat
Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pendidikan
October 20th, 2017 | 10:33 AM | 698 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman kelmarin menerima kunjungan hormat daripada sembilan anggota delegasi dari US - ASEAN Business Council yang diketuai oleh Duta Michael W. Michalak, juga selaku Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan Serantau US - ASEAN Business Council, yang diadakan di Pejabat Menteri Pendidikan, di sini.
Para delegasi terdiri dari syarikat-syarikat seperti Microsoft dan General Electric (GE).
Menurut Siaran Akhbar Kementerian Pendidikan, kunjungan itu bertujuan untuk memahami lebih baik mengenai keutamaan Kementerian Pendidikan dan membincangkan mengenai pengembangan penglibatan perniagaan AS dengan Kementerian Pendidikan serta institusi pendidikan di negara ini juga sokongan yang dalam pembangunan modal insan.
Dalam kunjungan tersebut, Yang Berhormat berkongsi mengenai pembangunan pendidikan semasa di negara ini termasuk berkenaan SPN21, Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pengajian Tinggi.
Juga hadir semasa kunjungan tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pedidikan, Datin Paduka Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh; Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Dr. Haji Azman bin Ahmad dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan.
Kunjungan berakhir dengan pertukaran cenderahati daripada kedua-dua pihak.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]