FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Anak Damit Sempena HKK Terima Cenderamata


TETAMU kehormat, isteri Menteri Kesihatan, Datin Sarimah binti Haji Umar menyampaikan cenderamata kepada ibu kepada anak damit yang dilahirkan sempena sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2016 bagi Daerah Tutong. | FOTO: PELITA BRUNEI (Dk. Nur Hafilah Pg. Osman)

 


 May 3rd, 2016  |  07:58 AM  |   3710 views

TUTONG

 

Isnin, 2 Mei - Bagi memeriahkan sambutan Hari Keluarga Kebangsaan (HKK) 2016, yang disambut pada 1 Mei 2016, satu Majlis Penyampaian Cenderamata Kelahiran 'Anakku Harapanku' bagi Daerah Tutong diadakan di Hospital Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah yang mencatatkan seorang anak damit.

 

Hadir selaku tetamu kehormat menyempurnakan penyampaian cenderamata tersebut ialah, isteri kepada Menteri Kesihatan, Datin Sarimah binti Haji Umar.

 

Anak damit perempuan seberat 3.2 kilogram yang lahir pada 7.34 malam Isnin ini ialah anak kepada pasangan Awang Mohd. Sofian bin Haji Simpul dan Dayang Hafizah binti Sulaiman yang juga merupakan anak kelima bagi pasangan tersebut.

 

020516 FILA4 ANAKKU

KELAHIRAN anak perempuan kepada  pasangan, Awang Mohd. Sofian dan Dayang Hafizah.

 

Penyampaian Cenderamata Kelahiran 'Anakku Harapanku' merupakan salah satu usaha Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri selaku penganjur bersama sambutan berkenaan.

 

Selain itu, pemberian cenderamata kelahiran tersebut juga diharap menjadi dorongan kepada semua masyarakat di negara ini untuk menyayangi dan menghargai anak-anak bermula dari kelahiran sebagai satu anugerah Allah Subhanahu Wata'ala yang sangat bermakna dalam kehidupan berkeluarga.

 

Pemberian cenderamata kelahiran 'Anakku Harapanku' merupakan anjuran kali keempat tahun ini sempena sambutan Hari Keluarga Kebangsaan di mana kali pertama diadakan pada tahun 2013.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16