Home > Bahasa Melayu
Doa Kesyukuran Jubli Emas Kementerian Perhubungan
Berita dan Foto : Mohamad Azmi Awang Damit
October 17th, 2017 | 09:33 AM | 557 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta hari ini bertempat di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa, Berakas.
Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat.
Atur cara dimulakan dengan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah yang diimamkan oleh Pengiran Haji Mohd. Ismail bin Pengiran Haji Tuah, yang juga seterusnya memimpin bacaan Surah Al-Waqi'ah dan Al-Mulk serta bacaan Doa Kesyukuran.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Dr. Haji Supry bin Haji Awang Ladi, pengarah-pengarah, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai serta kakitangan Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Majlis Doa Kesyukuran ini adalah bagi melahirkan tanda kesyukuran atas kepimpinan baginda dan seterusnya memanjatkan doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia dilanjutkan usia, sihat walafiat dan kekal karar memerintah negara dengan panduan dari Allah Subhanahu Wata'ala.
Majlis dikelolakan oleh Jabatan Penerbangan Awam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]