FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Negara Hadapi Cabaran Pembangunan


PEMANGKU Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud semasa berucap pada Forum Kebangsaan Pusat Kajian Dasar dan Strategik (CSPS) mengenai Pandangan Jauh Strategik dan Mengimbas Horizon untuk Penggubalan Dasar. | FOTO: PELITA BRUNEI (Masri Osman)

 


 May 3rd, 2016  |  08:00 AM  |   2611 views

GADONG

 

Isnin, 2 Mei. - Pemangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud berkata, Negara Brunei Darussalam dalam tempoh dua dekad akan datang akan menghadapi cabaran yang besar dalam usaha untuk mengekalkan dan menggalakkan pertumbuhan juga pembangunan.

 

Berucap pada Forum Kebangsaan Pusat Kajian Dasar dan Strategik (CSPS) mengenai Pandangan Jauh Strategik dan Mengimbas Horizon untuk Penggubalan Dasar (Strategic Foresight and Horizon Scanning for Policy Making) bertempat di Teater Kuliah CSPS, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan seterusnya menjelaskan bahawa akan terdapat ketidakpastian dan kerumitan dalam politik global dan ekonomi yang mana pembangunan negara akan lebih terikat kepada kuasa-kuasa globalisasi dalam era teknologi yang cepat berubah.

 

Dalam pada itu menurutnya, Brunei juga tidak terkecuali daripada menghadapi cabaran yang tidak dijangka seperti masalah semasa yang kita hadapi ketika ini iaitu krisis minyak, selain terdapat tren baru muncul yang lain serta isu-isu dasar yang perlu ditangani.

 

020516 MASRI04 CSPS

SALAH seorang penceramah yang diundang, Dr. Jose Ramos menyampaikan ceramahnya pada forum tersebut.

 

Yang Mulia Dato turut menekankan bahawa, Brunei sebagai sebuah negara yang berdaulat secara umum dan Perkhidmatan Awam Brunei khususnya, perlu bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran dan melihat mereka sebagai pemangkin yang menggalakkan untuk terus berusaha dalam membawa lebih banyak kemakmuran dan kestabilan.

 

"Kita perlu melihat melangkaui batas normal Business as Usual, kita perlu melihat ke depan dan merancang lebih awal serta melihat perkara dari perspektif pelbagai dimensi.

 

"Topik forum ini telah mendapat pengiktirafan penting oleh pembuat dasar, pasukan kepimpinan eksekutif dan jabatan perancangan strategik seluruh dunia dan bertindak sebagai satu sistem radar untuk penggubalan dasar yang membolehkan pengesanan peluang awal dan ancaman. Perubahan kesedaran ini membuka peluang pembuat dasar untuk campur tangan yang sebaliknya tidak akan mengetahui tentang atau tidak akan mempunyai hubungan untuk bertindak," ujarnya

 

020516 MASRI05 CSPS

ANTARA pegawai-pegawai kanan kerajaan yang hadir pada forum tersebut.

 

Yang Mulia Dato turut memuji mandat baru CSPS iaitu 'Internationally Recognized Foresight Think Tank', untuk menjadi nilai tambah dimensi sebagai jentera pemikir bagi kajian strategik dan dasar di Brunei Darussalam.

 

Forum dikendalikan oleh dua penceramah jemputan dari luar negara iaitu, Dr. Jose Ramos dari Action Foresight Australia dan Cheryl Chung dari Lee Kuan Yew, School of Public Policy of National University of Singapore.

 

Dr. Jose Ramos membentang ceramah mengenai 'Foresight of Public Policy in Brunei' sementara Cheryl Chung pula menyampaikan ceramah mengenai 'Foresight Studies and Horizon Scanning for Policy Making in Singapore'.

 

Juga hadir ialah Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai jabatan-jabatan kerajaan dan kementerian-kementerian.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Aimi Sani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16