FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>           This hopping robot with flailing legs could explore asteroids in the future           >>           GPT-4 performed close to the level of expert doctors in eye assessments           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tadarus Al-Quran pesambah istimewa untuk raja dikasihi


Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

 


 September 26th, 2017  |  09:32 AM  |   903 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

 Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) mengadakan Tadarus Al-Quran sebagai sumbangan khas yang ikhlas buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempena Sambutan 50 Tahun pemerintahan baginda menaiki takhta yang akan kita raikan kurang dua minggu sahaja lagi.

 

Sehubungan itu, pelancaran majlis berkenan diadakan  di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong di sini.

 

Hadir menyemarakkan majlis ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

 

Juga hadir, Timbalan-Timbalan Menteri Kabinet, Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap di kementerian kerajaan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Abdul Qaiyum bin Haji Metussin dari Program Khidmat Bakti Negara.

 

Kemudian diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran beramai-ramai secara murattal mulai awal surah Al-Baqarah dari ayat 1 hingga 48.

 

Pembacaan tersebut melibatkan seramai 1,500 orang terdiri daripada warga perkhidmatan awam, pasukan beruniform, badan-badan swasta dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Institut Pengajian Tinggi dan Brunei Acid Company.

 

Setelah itu, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustafa bin Haji Murat.

 

Majlis seumpamanya adalah sebagai pesambah istimewa untuk raja yang dikasihi, dengan mengambil sukut suasana gembira dan penuh kesyukuran rakyat jelata dan seluruh penduduk Negara Brunei Darussalam dalam meraikan Jubli Emas 50 Tahun Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki takhta.

 

Di samping itu, ia juga diadakan bagi memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala supaya Kebawah DYMM dilanjutkan usia dan kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan hidayah dan 'inayah Allah Subhanahu Wata'ala, seterusnya memohon kesejahteraan raja, keselamatan rakyat, keberkatan dan keamanan negara.

 

Ia juga dihasratkan agar pahala pembacaan Al-Quran 30 Juzuk berkenaan dihadiahkan kepada Kebawah DYMM, dengan niat agar dikabulkan segala hajat baginda dalam memerintah negara ke arah kemakmuran, keamanan, kesejahteraan dan kemajuan serta sebagai satu usaha dalam merealisasikan Wawasan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16