Home > Bahasa Melayu
588 sertai LHK di Daerah Tutong
September 25th, 2017 | 09:27 AM | 523 views
TUTONG
Seramai 588 peserta menyertai Larian Hari Keputeraan (LHK) 2017 Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 Tahun Bagi Daerah Tutong di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat menyempurnakan pelepasan larian sejauh tiga kilometer Kategori 'Fun Run' ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, selaku Penghulu Mukim Telisai pada majlis yang berlangsung di Kompleks Sukan Tutong, di sini.
Terdahulu sebelum acara bermula, sesi pemanasan badan senamrobik diadakan selama 15 minit. Larian yang bermula dan berakhir di kompleks berkenaan itu dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Antara yang menyertai larian tersebut, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara di daerah ini, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan dan orang awam.
Larian Hari Keputeraan bertujuan untuk memeriahkan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Ke-71 Tahun.
Selain menggalakkan masyarakat Brunei mengamalkan cara hidup sihat, larian juga menggalakkan orang ramai untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukan dan riadah secara berterusan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Berita: Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]