FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berangkat ke Sambutan Awal Tahun 1439 Hijrah Peringkat Negara


 


 September 22nd, 2017  |  11:53 AM  |   1257 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

 

Perkiraan awal tahun Hijrah, 1 Muharam bermula detik apabila azan Fardu Maghrib berkumandang di negara ini jam 6.17 lewat petang. 

 

Sambutan Tahun Hijrah 1439 adalah berlainan dengan Tahun Baharu Masihi yang disambut kebanyakan negara lain, namun apa yang pasti sambutan di negara ini adalah berlandaskan nilai-nilai dan prinsip Islam di samping berlandaskan Melayu Islam Beraja.

 

Sesuai dengan tema sambutannya 'Kepimpinan Adil Teras Kesejahteraan', Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam  berangkat bersama ribuan jemaah di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong bagi sama-sama meraikan Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1439H di sini.

 

Berangkat sama, paduka-paduka anakanda Kebawah DYMM, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel.

 

Keberangkatan Kebawah DYMM dan paduka-paduka anakanda baginda dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Shahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar;  Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1439H.

 

Majlis Sambutan Awal Tahun 1439 Hijrah Peringkat Negara dimulakan dengan Bacaan Doa Akhir Tahun 1438 Hijrah dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.

 

Sembahyang Fardu Maghrib diimamkan oleh Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar, yang juga memimpin bacaan Doa Awal Tahun 1439 Hijrah.

 

Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim  seterusnya mengimamkan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah bagi memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala supaya Negara Brunei Darussalam beroleh kemakmuran dan kesejahteraan serta terhindar dari bala bencana.

 

Setelah itu, bacaan Surah al-Fatihah dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dalam sembah alu-aluannya antara lain menyembahkan mengenai tema sambutan yang bertepatan dengan suasana dan persiapan rancak sambutan Jubli Emas 50 tahun Pemerintahan Kebawah DYMM, yang ditandai dengan berbagai mercu tanda gemilang hasil kepimpinan baginda yang adil lagi bijaksana dan dengan berkat segenap lapisan rakyat taat setia teguh menyanjungnya.

 

Yang Berhormat Pehin menyatakan, sesungguhnya hasil gemilang semua bidang kemajuan dan pembangunan dalam era 50 tahun pemerintahan Kebawah DYMM itu wajib disyukuri oleh segenap lapisan rakyat dan kalangan kerajaan.

 

''Ianya suatu mercu tanda sejarah yang akan kekal menjadi ristaan sebagai bukti yang sangat signifikan tentang kepimpinan pemerintahan Melayu Islam Beraja yang turun temurun berpandu serta berpaksikan kepada ajaran ugama Islam,'' tambahnya.

 

Yang Berhormat Pehin juga mejelaskan bahawa peristiwa hijrah yang bersejarah telah menjadi mercu tanda perkembangan ugama Islam yang didakwahkan ke mana-mana hingga sampai ke Brunei di alam Melayu, rantau Asia Tenggara.

 

Terdahulu, tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan sejurus selesai bacaan Doa Akhir Tahun.

 

Majlis juga disemarakkan dengan Tazkirah Hijrah yang disampaikan oleh Pemangku Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Syariah, Awang Haji Saharuddin bin Haji Patra.

 

Setelah selesai menunaikan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah, Kebawah DYMM dan paduka-paduka anakanda baginda berkenan menerima junjung ziarah bersama para jemaah yang hadir sebelum berangkat meninggalkan majlis.

 

Selain tumpuan sambutan di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, acara juga diadakan di kesemua masjid, surau dan balai ibadat di keempat-empat daerah.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19