FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>           This hopping robot with flailing legs could explore asteroids in the future           >>           GPT-4 performed close to the level of expert doctors in eye assessments           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Awal Tahun Hijrah di sambut dengan penuh kesyukuran


Berita : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 


 September 22nd, 2017  |  11:51 AM  |   633 views

TUTONG

 

Sembahyang Berjemaah dan Doa Kesyukuran bagi menyambut kedatangan Awal Tahun Hijrah 1439 juga turut diadakan di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat di seluruh negara.

 

Sehubungan itu, Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah Peringkat Daerah Tutong diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong, di sini.

 

Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar hadir selaku tetamu khas pada majlis itu.

 

Juga menyertai majlis keagamaan itu, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara daerah ini, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan penduduk setempat.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Akhir Tahun 1438 Hijrah dipimpin oleh Imam Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong, Awang Sahibol Omar bin Haji Yusof yang kemudiannya mengimamkan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah dan seterusnya memimpin bacaan Doa Awal Tahun 1439 Hijrah.

 

Majlis disusuli dengan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah yang diimamkan oleh Imam masjid berkenaan, bagi memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala supaya Negara Brunei Darussalam beroleh kemakmuran dan kesejahteraan serta terhindar dari bala bencana.

 

Ini diikuti dengan penyampaian tazkirah hijrah, oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Ketua Imam masjid berkenaan, Awang Md. Fauzi bin Haji Anuar.

 

Bagi memohon keberkatan majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Imam masjid tersebut disusuli dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah.

 

Tema Majlis Sambutan Awal Tahun 1439 Hijrah ialah 'Kepimpinan Adil Teras Kesejahteraan'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16