FacebookInstagramTwitterContact

 

Juventus Review Ruling As Club Ordered To Pay Ronaldo $10m           >>           Man City's Guardiola Won't Judge Madrid's Defensive Tactics           >>           Kimmich Goal Sees Bayern Beat Arsenal To Enter Semifinal           >>           Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract           >>           Ex-Post Office Chair Defends Himself Against Claims           >>           Royal Bank Of Scotland To Close A Fifth Of Branches           >>           UK Inflation Falls As Some Food Prices Drop           >>           The West Says China Makes Too Much. Its Workers Disagree           >>           Study Claims Drinking A Mug Of Black Tea Provides Enough Nutrients To Prevent COVID Infection           >>           Buyers Beware: Turmeric Products Are Often Contaminated With Lead           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Semai cintakan negara kepada pelajar


CUCUANDA Kebawah DYMM, Yang Amat Mulia Pengiran Anak 'Abdul Haseeb bin Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim ( barisan kedua, satu, kiri ) antara pelajar yang mengikuti taklimat tersebut. Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

 


 September 19th, 2017  |  08:52 AM  |   1560 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

 

Dalam usaha berterusan bagi menyemai semangat patriotisme serta menghormati lagu kebangsaan dan bendera negara, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan menyampaikan Taklimat Kenegaraan 'Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' kepada lebih 80 penuntut Tahun 7 Sekolah Antarabangsa Brunei (International School Brunei.)

 

Berangkat semasa taklimat tersebut ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak 'Abdul Haseeb bin Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim.

 

Taklimat yang berlangsung di Dewan Teater, sekolah berkenaan disampaikan oleh Pegawai Penerangan, Dayang Hajah Hamsah binti Datu Kerna Haji Jaya selaku Ketua Unit Kenegaraan.

 

Dalam taklimat tersebut, Dayang Hajah Hamsah antara lain menyentuh mengenai tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dengan terperinci.

 

Pada taklimat itu, para penuntut telah menyaksikan klip video 'Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara', 'Semarak Pengibaran Bendera Negara' dan video animasi 'Tatacara Menaikkan Bendera Negara' serta klip video Aplikasi Mudah Alih 'InfoDeptBN'.

 

Para penuntut juga berpeluang menyertai Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan sejurus selepas sesi taklimat. Program berkenaan dihadiri sama oleh Pengetua Eksekutif (Executive Principal), Dr Steven Geraghty dan tenaga-tenaga pengajar sekolah.

 

Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab Kuiz Kenegaraan.

 

Program ini adalah salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara di samping mengukuhkan semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut melalui lagu kebangsaan dan bendera negara.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-18 23:31:16