FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>           This hopping robot with flailing legs could explore asteroids in the future           >>           GPT-4 performed close to the level of expert doctors in eye assessments           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kepelbagaian kerjasama mewujudkan pengajian tinggi lebih relevan


Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

 


 September 19th, 2017  |  08:51 AM  |   651 views

TUNGKU LINK

 

 

Kepelbagaian kerjasama boleh menjadi satu penghubung yang berkesan bagi merapatkan lagi jurang antara pendidikan tinggi dan sektor-sektor awam dan swasta yang akan membuka penglibatan komited dan koordinasi yang berkesan.

 

Menurut Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, kerjasama tersebut juga sebagai satu langkah penting dalam menjadikan pengajian tinggi lebih relevan untuk memohon pekerjaan dan juga memudahkan lagi menembusi pasaran kerja.

 

Walau bagaimanapun, tegas Yang Berhormat, kerjasama sedemikian tidak akan dapat berkembang jika masing-masing masih terkongkong serta enggan untuk bertindak sama dan menyumbang kepada sesuatu yang penting dalam membina satu perkongsian rakan kerja.

 

Menteri Pendidikan menekankan perkara tersebut pada Majlis Perasmian Forum Masa Depan yang berlangsung di Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah Universiti Brunei Darussalam (UBD) sempena Majlis Konvokesyen Ke-29 UBD.

 

Dalam pada itu, Yang Berhormat juga menegaskan, pendidikan tinggi dikhususkan untuk mewujudkan dan mengekalkan ruang awam di mana hubungan penting dan kompleks berkenaan dapat dipenuhi.

 

Yang Berhormat turut menggariskan akan perlunya pengajian tinggi untuk bersedia dan mampu bergerak di luar jangkaan, manakala sektor-sektor awam dan swasta hendaklah bermotivasi dan berupaya memenuhi kehendak pendidikan tinggi dengan mendapatkan kepakaran dan pengetahuan yang boleh menyumbang kepada lebih banyak pertumbuhan dan perkembangan.

 

Seterusnya Yang Berhormat  menyeru semua pihak agar sama-sama membina landskap pendidikan tinggi global yang lebih luas dan mendalam dari hanya bersifat pengetahuan subjek atau kemahiran pasaran kerja.

 

Forum selama dua hari itu memberi peluang kepada para peserta untuk bertukar-tukar pendapat mengenai tema dan peranan penting inovasi dalam membentuk masa depan pengajian tinggi, selain dihasratkan untuk menjadi penghubung di antara pendidikan dan peluang pekerjaan dalam memastikan kesemua pelajar yang berkemahiran dapat memberikan sumbangan yang positif kepada masyarakat.

 

Juga hadir, Naib Canselor UBD, Datin Dr. Dayang Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16