FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Kesyukuran Sempena HKK 2016


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong (tiga, kanan) bersama para jemaah menadah tangan memohon doa bersempena dengan Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan (HKK) 2016.

 


 May 1st, 2016  |  09:51 AM  |   2574 views

SENGKURONG

 

Sabtu, 30 April. - Institusi keluarga ibarat tiang yang menjadi asas kepada sebuah rumah dan merupakan komponen penting dalam pembentukan sebuah masyarakat serta negara.

 

Bersempena dengan sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2016 (HKK 2016), satu majlis kesyukuran telah diadakan di Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong.

 

Hadir di majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

 

Turut hadir ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri Awang Haji Yaakub bin Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Paduka Awang Haji Zainal, Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin dan Yang Berhormat Awang Haji Jumat bin Akim.

 

Majlis telah dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah dan Sembahyang Sunat Hajat yang diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Rozisham bin Haji Chuchu.

 

30042016 AZMI HK16 01

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong (lima, kanan) menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah bersama para jemaah yang hadir.

 

Acara kemudiannya diteruskan dengan bacaan Doa Tahlil dan Surah Yaa Siin serta bacaan Doa Khas Hari Keluarga Kebangsaan 2016 dan kemudiannya disudahi dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah.

 

Juga hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Haji 'Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Haji Idris bin Haji Md. Ali dan Awang Haji Muhammad Sunadi bin Haji Buntar; ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya serta para jemaah yang menetap di kawasan sekitar masjid berkenaan.

 

Antara lain tujuan majlis diadakan adalah bagi mengukuhkan dan meningkatkan kesejahteraan keluarga dengan mewujudkan kesedaran serta mengiktiraf keluarga sebagai unit asas yang penting dalam membina masyarakat penyayang ke arah keharmonian dan kesejahteraan negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Mohamad Azmi Awang Damit

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19