FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pameran PDB Tingkat Kesedaran Bahaya Jenayah


TETAMU kehormat, Pesuruhjaya Polis Dato Paduka Seri Awang Haji Bahrin bin Mohd. Noor semasa membuka rasmi Pameran Hari Polis 2016. | FOTO: PELITA BRUNEI (Masri Osman)

 


 April 30th, 2016  |  10:05 AM  |   4002 views

BERAKAS

 

Jumaat, 29 April. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) terus berusaha untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai bahaya jenayah dan bagaimana untuk membendung serta mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

 

Sehubungan itu, sebagai salah satu acara sempena Sambutan Hari Polis Ke-95 Tahun, PDB mengadakan pameran selama tiga hari berlangsung di Ruang Legar, The Airport Mall, di sini.

 

Perasmian pameran yang bermula hari ini sehingga 1 Mei itu disempurnakan oleh Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Awang Haji Bahrin bin Mohd. Noor.

 

290416 MASRI01 POLIS

TETAMU kehormat Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Bahrin bin Mohd. Noor semasa hadir pada Majlis Pembukaan Rasmi Pameran Hari Polis 2016.

 

Turut hadir pada majlis perasmian ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam dan warga pasukan serta pegawai kanan daripada penguatkuasa undang-undang lain termasuk ahli-ahli pengawasan kejiranan dan syarikat swasta.

 

Pameran yang bertemakan 'Pencegahan Jenayah Bersama Masyarakat' itu bertujuan bagi memberi kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat dalam sama-sama membendung dan menghalang berlakunya jenayah.

 

290416 MASRI03 POLIS

PESURUHJAYA Polis semasa menyampaikan cenderahati kepada jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat swasta yang menyertai Pameran Hari Polis 2016.

 

Di samping itu juga, pameran turut memberi maklumat kepada orang ramai mengenai dengan kes-kes jenayah yang berlaku di negara ini.

 

Pameran disertai oleh beberapa jabatan Pasukan Polis dan juga Jabatan Penguatkuasa Undang-undang yang berkepentingan dalam sama-sama menangani isu-isu jenayah seperti Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jabatan Buruh, Biro Kawalan Narkotik, Biro Mencegah Rasuah, Jabatan Penjara, Jabatan Pengangkutan Darat dan Jabatan Syariah.

 

290416 MASRI06 POLIS

TETAMU kehormat Pesuruhjaya Polis, Yang Mulia Dato Paduka Seri Awang Haji Bahrin bin Mohd. Noor semasa melawat dan menyaksikan Pameran Hari Polis 2016.

 

Beberapa syarikat swasta juga mengikuti pameran dengan mempamerkan produk-produk keselamatan serta dari Pengawasan Kejiranan Daerah-daerah Polis.

 

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk berkunjung ke pameran ini yang dibukakan dari pukul 10 pagi hingga 10 malam selama tiga hari tersebut.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10