Home > Bahasa Melayu
Penunggang motorsikal diingatkan patuhi peraturan
SETIAUSAHA Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Pelancaran Bengkel Sistem Bermotor / Sikal Siap Siaga 2017 berlangsung di Kementerian Perhubungan Oleh : Khartini Hamir / Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah
August 24th, 2017 | 09:40 AM | 1058 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Para pengguna jalan raya di negara ini khasnya penunggang motorsikal diingatkan untuk terus menerapkan pembelajaran tentang undang-undang dan peraturan jalan raya yang telah dikemaskinikan oleh Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR), Jabatan Pengangkutan Darat (JPD).
Perkara tersebut antara lain taklimat yang akan disampaikan pada Bengkel Sistem Bermotor / Sikal Siap Siaga 2017 bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan.
Ia dianjurkan oleh Kelab Motosikal Veteran (Veteran Motorcycle Club - VMC) dengan kerjasama MKKJR dan JPD, di sini.
Pada bengkel itu, antara yang disampaikan ialah mengenai SiKAP, Standard Operational Procedure, Kurikulum Motosikal serta kaedah 'first aids' oleh paramedik juga para peserta akan diberikan tugasan secara berkumpulan dan membuat pembentangan mengenai hasil berkenaan.
Bengkel yang dipengerusikan oleh Yang Di-Pertua VMC, Awang Mu'adz bin Haji Abdul Hamid itu turut menjemput beberapa fasilitator undangan terdiri daripada kalangan Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai Melesen dari JPD serta komiti dari VMC.
Seramai 20 peserta terdiri daripada Ahli-ahli VMC, Kelab-kelab Motosikal Brunei, Syarikat-syarikat Perkhidmatan Penghantaran dan Penunggang Motosikal persendirian hadir menyertai bengkel berkenaan.
Hadir selaku tetamu kehormat merasmikan bengkel tersebut, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]