FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Keberangkatan Kebawah DYMM suntik semangat kontinjen negara


Oleh : Ak. Syi’aruddin Pg. Dauddin / Foto : Azmah Haji Ahad, Ak. Syi’aruddin Pg. Dauddin

 


 August 23rd, 2017  |  09:59 AM  |   1016 views

KUALA LUMPUR

 

Kontinjen negara Sukan SEA Ke-29 di Kuala Lumpur setentunya memanjatkan syukur atas keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk bercemar duli ke tempat kontinjen negara ditempatkan, di Hotel Royale Chulan.

 

Sememangnya keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menyuntik lagi semangat dan membakar keyakinan jitu para pejuang skuad negara untuk memperoleh pingat serta dapat mengumandangkan lagu kebangsaan negara 'Allah Peliharakan Sultan' di persada arena ini.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Royale Chulan Kuala Lumpur dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Chef de Mission Kontinjen Negara Brunei Darussalam, Pengiran Anak Mohd Sofian bin Pengiran Anak Haji Ibrahim dan Pengurus Am Royale Chulan Kuala Lumpur.

 

Berangkat sama pada Majlis Ramah Mesra tersebut ialah paduka-paduka adinda dan anakanda Kebawah DYMM, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, selaku Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Jefri Bolkiah, selaku Pengurus Pasukan Polo; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah yang juga ikut menyertai Mixed Polo dalam Sukan SEA tersebut dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, selaku Pengurus Pasukan Bola Jaring.

 

Sejurus keberangkatan tiba, Kebawah DYMM dijunjung untuk sesi bergambar ramai dengan Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan SEA dan seterusnya disembahkenalkan kepada para atlet mengikut acara sukan yang disertai.

 

Turut hadir mengiringi Kebawah DYMM ialah Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awang Mohd Taha.

 

Kontinjen Negara Brunei Darussalam terdiri daripada 172 orang, iaitu 105 atlet dan 67 pegawai sukan. Pada kejohanan ini, Negara Brunei Darussalam telah menyertai sebanyak 14 acara sukan yang dipertandingkan dan setakat ini telah berjaya meraih sebanyak 1 pingat perak dan 5 pingat gangsa melalui acara sepak takraw, bola jaring dan wushu di mana sepak takraw berjaya menyumbang sebanyak 3 daripada 5 pingat pada kejohanan tersebut.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39