FacebookInstagramTwitterContact

 

Indonesia Left Outraged By Refereeing Decision In Opening AFC U-23 Asian Cup Defeat           >>           These 3 Stars Are Losing Weight Fast — Thanks To Stellar Winds Way Stronger Than The Sun's           >>           Tesla is reportedly laying off more than 10 percent of its workforce           >>           Adobe previews AI object addition and removal for Premiere Pro           >>           Zinc Supplementation Can Benefit Individuals With Erectile Dysfunction, Reveals Study           >>           Shiitake Mushrooms Are A Powerful Medicinal Superfood           >>           Regular Exercise Can Significantly Lower Your Risk Of Developing Cancer           >>           Various Knowledge Learned Prior To Open a Business           >>           Kobe Bryant’s Daughter Natalia Details How Parents Made Her A Taylor Swift Fan           >>           Pregnant Jenna Dewan Seeking Millions From Ex Channing Tatum’s Magic Mike Income           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Negara sambut Aidiladha 2 September 2017


Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

 


 August 23rd, 2017  |  09:57 AM  |   1998 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Umat Islam di Negara Brunei Darussalam akan meraikan Hari Raya Aidiladha 1438 Hijrah pada hari Sabtu, 2 September depan berikutan hasil merukyah anak bulan Zulhijjah yang dijalankan di beberapa lokasi petang tadi yang  tidak berhasil kelihatan.

 

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, selaku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam setelah mendapat kurnia perkenan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Sebelum permakluman hasil merukyah itu diumumkan secara langsung melalui siaran televisyen dan radio, satu persidangan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Menteri Hal Ehwal Ugama, Kementerian Hal Ehwal Ugama, di sini.

 

Persidangan bagi mensahkan hasil merukyah anak bulan Zulhijjah itu dihadiri oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama; Ketua Hakim Syar’ie, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar;  Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Yang Arif / Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin; Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yussof; Pengarah Radio Televisyen Brunei, Awang Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu; dan Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad.

 

Sementara menunggu hasil merukyah tersebut, majlis keagamaan diadakan dengan dimulakan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Awang Haji Ashizal bin Zainal Abidin yang merupakan naib johan Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi.

 

Seterusnya diikuti dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah serta bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Symsul Nizam bin Haji Badar.

 

Majlis diteruskan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah dan Sembahyang Hajat yang juga diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Symsul Nizam.

 

Berikutan penglihatan anak bulan yang  tidak sabit kelihatan, maka bulan Zulkaedah digenapkan menjadi 30 hari dan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha akan bermula jam 7.30 pagi.

 

Sementara itu, Majlis Ibadah Korban bolehlah dilakukan bermula selepas Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha sehinggalah hari tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah 1438H.

 

Antara lokasi-lokasi penglihatan anak bulan Zulhijjah 1438H yang telah dilakukan ialah Bangunan Ibu Pejabat DST, Tungku Link; Bukit Agok, Jerudong; Tanjung Batu di Pekan Muara; Bukit Ambok di Tutong dan Bukit Lumut di Daerah Belait.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Boy, 15, Arrested After Bishop Attacked

 2024-04-16 00:15:00

Tesla Lays Off More Than 10% Of Its Workforce

 2024-04-16 01:41:21