Home > Bahasa Melayu
Berangkat saksikan acara lawan pedang
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam berkenan beramah mesra bersama Hajah Anis Sabrina binti Haji Yahya Oleh : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin / Foto : Azmah Haji Ahad
August 22nd, 2017 | 09:13 AM | 979 views
KUALA LUMPUR
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyaksikan acara lawan pedang yang bermula hari ini di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, di sini.
Dalam Kategori Foil Wanita Perseorangan, negara diwakili oleh Hajah Anis Sabrina binti Haji Yahya.
Pada tiga perlawanan awal, peserta negara tewas 3 - 5 kepada Natasha Ezzra Abu Bakar dari Malaysia, 2 - 5 kepada Merry Ananda dari Indonesia dan 3 - 5 kepada Nicolette Berthier dari Singapura.
Bagaimanapun pada perlawanan keempat, Hajah Anis Sabrina berjaya menewaskan Do Thi Anh dari Viet Nam dengan kiraan 5 - 4.
Dalam dua perlawanan berikutnya, Hajah Anis Sabrina terpaksa akur dengan kehandalan Thongchampa Ploypailin dari Thailand apabila tewas dengan kiraan 3 - 5 juga kalah pada perlawanan terakhir kepada Samantha Catantan dari Filipina dengan kiraan 3 - 5.
Hajah Anis Sabrina ketika ditemu bual oleh Pelita Brunei menjelaskan beliau merupakan wanita pertama yang menyertai Kategori Foil Wanita Perseorangan pada Sukan SEA.
"Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati dengan persembahan saya sebentar tadi meskipun hanya memenangi satu perlawanan semasa menentang peserta Viet Nam, yang mana beliau (Do Thi Anh) merupakan di antara peserta terhebat pada kategori tersebut setelah berjaya mengalahkan semua lawannya kecuali saya," jelas beliau lagi.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]