Home > Bahasa Melayu
Majlis Penyampaian Anugerah Insentif Sekolah
Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman
August 22nd, 2017 | 09:12 AM | 1741 views
RIMBA
Sekolah Rendah Dato Ratna Haji Mohd Jaafar berjaya memenangi Anugerah Insentif Penilaian Sekolah Rendah (PSR) 2016 dan Anugerah Insentif Kokurikulum Sekolah 2016. Sementara Sekolah Menengah Sufri Bolkiah Tutong memenangi Anugerah Sekolah-Sekolah melepasi sasaran 49.1 peratus memperoleh 5 Peringkat ‘O’ / IGCSE bagi sekolah menengah. Manakala Sekolah Menengah Sayyidina Ali bagi sekolah-sekolah yang mempunyai peningkatan pencapaian 5 Peringkat O ke atas tahun 2015 dan 2016. Bagi Kategori Sekolah Cemerlang pula disandang oleh Sekolah Menengah Rimba l.
Majlis Penyampaian Anugerah tersebut diadakan di Sekolah Menengah Rimba II.
Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.
Majlis diteruskan dengan Kolokium : Amalan Terbaik Kepimpinan Sekolah yang disampaikan oleh dua orang pemimpin sekolah, iaitu dari Sekolah Rendah Pusar Ulak, Colm Mac Dermott dan Pengetua Sekolah Menengah Berakas, Awang Abdullah bin Ismail dengan tajuk ‘Vision of Leadership : Theory into practice’.
Objektif utama kolokium ini adalah bagi penyatuan pemikiran dan strategi terkini dalam perkembangan pendidikan melalui perkongsian pendapat dan pandangan dalam kalangan pemimpin sekolah dan guru-guru.
Majlis diselajurkan dengan penyampaian sijil pengiktirafan kepada guru-guru ‘Coaches’ Literacy and Numeracy Coaching Programme (LNCP).
Program tersebut adalah kolaborasi profesional antara ahli profesional dalam pendidikan. Pengiktirafan tersebut adalah untuk guru-guru tempatan sebagai ‘Local Coaches’ dalam Program Bimbingan Literasi dan Numerasi dalam menambah pakar tempatan yang dapat menerajui dan meneruskan program ini setelah ia berakhir pada tahun 2019 sekali gus dapat meningkatkan kompetensi literasi dan numerasi pelajar-pelajar.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]