Home > Bahasa Melayu
Negara komited tangani masalah Dementia
TIMBALAN Setiausaha Tetap (Dasar) Kementerian Kesihatan, Dr. Awang Hazri bin Haji Kifle semasa bergambar ramai pada Program Dementia Care Skills (DCS) Course ADI Train-the-Trainer yang berlangsung di Hotel Radisson. Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman
August 22nd, 2017 | 09:10 AM | 1177 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dementia merupakan salah satu punca utama ketidakupayaan dan bergantung pada orang tua di seluruh dunia.
Ia bukan sebahagian daripada penuaan biasa dan memberi kesan kepada fizikal, psikologi, sosial dan ekonomi, malah bukan hanya kepada orang yang memilikinya tetapi juga kepada penjaga, keluarga dan masyarakat.
Perkara demikian dijelaskan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar) Kementerian Kesihatan, Dr. Awang Hazri bin Haji Kifle semasa Program Dementia Care Skills (DCS) Course ADI Train-the-Trainer yang berlangsung di Hotel Radisson, di sini.
Menurutnya, kurangnya kesedaran dan pemahaman tentang Dementia, biasanya tidak disedari, seterusnya kelewatan dalam diagnosis dan peluang bagi pengurusan.
“Dementia adalah kebimbangan yang utama di Brunei. Saya difahamkan bahawa berdasarkan statistik dari Laporan Asia-Pacific Region ADI pada tahun 2015, dianggarkan sehingga 2000 penghidap dementia di Brunei, yang kebanyakannya tidak didiagnosis. Di rantau ASEAN, Brunei diramalkan mempunyai bahagian ketiga tertinggi orang tua menjelang 2040 (selepas Thailand dan Singapura). Terdapat juga masalah kadar penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, hipertensi, kencing manis dan penyakit buah pinggang. Kedua-dua faktor ini mungkin akan menyumbang kepada peningkatan kesakitan Dementia pada masa akan datang,” ujarnya.
Pada Mei 2017 jelasnya, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengesahkan satu pelan tindakan global untuk Dementia 2017 hingga 2015, dengan matlamat untuk memperbaiki kehidupan orang-orang dengan Dementia, keluarga dan penjaga mereka, sambil mengurangkan kesan Dementia terhadap keluarga, komuniti dan negara.
Beliau menambah, Negara Brunei Darussalam komited untuk mengambil tindakan dalam menyokong perkara ini, melalui program tersebut sebagai salah satu inisiatif untuk menangani masalah Dementia.
Latihan program yang diadakan bermula hari ini sehingga 25 Ogos ini adalah kerjasama antara Alzheimer’s Disease International’s Asia Pacific Regional Office (ADI-APRO) dan Alzheimer’s Disease Foundation Malaysia (ADFM) bersama Kementerian Kesihatan, Brunei Darussalam.
Seramai 15 pegawai dari Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan terdiri dari pegawai perubatan, jururawat geriatrik dan neurologi, ahli terapi, ahli psikologi, ahli fisioterapi, pegawai pembangunan komuniti & kebajikan sosial dan sukarelawan sepenuh masa terlibat dalam program berkenaan.
Program selama lima hari ini akan dibentangkan oleh beberapa pelatih termasuk Regional Director ADI-APRO, Ms. DY Suharya; Setiausaha Kehormat ADFM, Datin Jacqueline Wong, Eksekutif Program Kanan di Alzheimer’s Disease Association Singapore, Ms. Mazni Kaswani serta fasilitator-fasilitator dari Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Ms. Dr. Onn Lih Vei dan Ms. Suriyati Kalman.
Program tersebut bertujuan untuk memberi latihan melalui amalan terbaik dari persatuan Alzheimer dan organisasi lain di seluruh dunia, termasuk gambaran mengenai Dementia, komunikasi yang berkesan, pemahaman tingkah laku, isu penjagaan pekerja dan perkhidmatan sokongan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]