FacebookInstagramTwitterContact

 

Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>           Blood Donation Campaign           >>           David Beckham Celebrates Wife Victoria Beckham’s Birthday With Never-Before-Seen Family Footage           >>           Jessica Simpson Reveals How Becoming A Mom Gave Her Body Confidence           >>           Exotic 'Einstein Ring' Suggests That Mysterious Dark Matter Interacts With Itself           >>           Sony debuts Bravia Theater line of Dolby Atmos soundbars and speakers           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sebar luaskan maklumat semasa kepada pelajar


PROGRAM Rakan Remaja Penerangan bagi Sekolah Menengah Sayyidina Othman dihadiri oleh penuntut-penuntut Tahun 7, 9 adan 10. Berita dan Foto : Hernie Suliana Haji Othman

 


 August 22nd, 2017  |  09:09 AM  |   2414 views

TUTONG

 

 

 

Program Rakan Remaja Penerangan (RRP) merupakan program persembahan khusus bagi golongan remaja terutama pelajar sekolah dalam menyebarluaskan maklumat semasa supaya mereka peka dengan perkembangan semasa; menanamkan semangat kenegaraan dan tanggungjawab sosial; serta menjadi ejen dalam penyebaran maklumat positif dan berkesan kepada rakan sebaya.

 

Program RRP anjuran Jabatan Penerangan Cawangan Daerah Tutong kali ini  berlangsung di Auditorium Sekolah Menengah Sayyidina Othman (SMSO), Kampung Bukit Beruang.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Penolong Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Adnan bin Haji Adam.

 

Acara dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’ dan Lagu Patriotik ‘Bendera Negara’ yang diiringi oleh penuntut koir Tahun 7, Tahun 9 dan Tahun 10.

 

Bagi memberkati majlis, bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dibacakan oleh Awang Eddy Fadzullah bin Haji Jasni.

 

Pengetua SMSO, Dayang Hajah Junainah binti Haji Abdul Rahman, selaku Pengerusi Bersama dalam ucapan alu-aluan beliau berkata, program yang diadakan merupakan salah satu inisiatif yang giat diusahakan oleh berbagai-bagai pihak di negara ini untuk memperkasa pengetahuan belia terhadap tanggungjawab kenegaraan.

 

“Sikap bertanggungjawab terhadap pembangunan negara ini nanti diharap akan dapat membantu membentuk pembangunan moral dan sosial yang positif dalam kalangan remaja. Seterusnya para remaja ini diharap akan dapat tumbuh menjadi individu yang sihat yang bersifat positif dalam kehidupan,” tambahnya lagi.

 

Program RRP juga diselajurkan dengan Taklimat Kenegaraan ‘Menghayati Bendera Negara dan Lagu Kebangsaan’ yang dimulai dengan tayangan video ‘Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara’ diikuti dengan video ‘Semarak Pengibaran Bendera Negara’, klip video animasi ‘Tatacara Menaikkan Bendera Negara’ serta klip video aplikasi mudah alih ‘InfodeptBN’.

 

Taklimat disampaikan oleh Ketua Cawangan Penerangan Daerah Tutong, Awang Hasanul Hidayat bin Haji Abu Bakar selaku Pengerusi Bersama.

 

Program tersebut diserikan dengan persembahan nyanyian, persembahan sketsa ‘Pengorbanan Seorang Ibu’ serta koir berjudul ‘Merdeka Brunei Darussalam’ oleh para penuntut dan kadet tentera sekolah berkenaan.

 

Program dihadiri seramai 106 penuntut Tahun 7, 120 penuntut Tahun 9 dan 128 penuntut Tahun 10. Sesi kuiz yang disampaikan oleh Jabatan Penerangan dan pelawak-pelawak undangan tanah air juga mendapat 15 penyertaan daripada kalangan para penuntut.

 

Penyampaian hadiah kepada para pemenang kuiz disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati daripada pihak sekolah kepada tetamu kehormat dan sesi bergambar ramai.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12