FacebookInstagramTwitterContact

 

Children killed as bomb falls near Sudan hospital – MSF           >>           The Man Who Took On The Coal Industry To Save A Forest - And Won           >>           Natural Remedies That Defeat Chronic Stress And Support Adrenal Health           >>           Korean Researchers Say That Mulberry Leaf Extract Manages Blood Sugar Levels           >>           Sushi Lovers, Rejoice: Wasabi Can Help Prevent Cancer           >>           You Can Now Hire Out Abandoned London Tube Stations For Your Next Party           >>           Chad Michael Murray Shares Daughter’s Reaction To Watching A Cinderella Story           >>           Chris Pine Reflects On Losing Out On The O.C. Role Due To His "Bad Acne"           >>           'Extreme' Geomagnetic Storm May Bless Us With More Aurora Displays Tonight And Tomorrow           >>           Inter Regu National League Sepak Takraw           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Skuad B-18 bakal jalani latihan di Jepun


DUTA Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke NBD, Tuan Yang Terutama Kato Motohiko memberikan kata-kata semangat dan tahniah kepada pasukan B-18 NBD yang akan mengikuti kem latihan di Osaka, Jepun. Berita dan Foto : Hernie Suliana Haji Othman

 


 August 19th, 2017  |  08:44 AM  |   1134 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dalam rangka persediaan bagi menghadapi pusingan kelayakan Kejohanan Bawah 19 Tahun (B-19) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), pasukan bola sepak Bawah 18 tahun (B-18) Negara Brunei Darussalam akan mengikuti kem latihan yang dihoskan oleh Japan Foundation Asia Centre (JFAC) dan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA).

 

Kem latihan tersebut akan dijalankan bermula 21 Ogos hingga 1 September 2017 di salah sebuah kompleks sukan bola sepak di Jepun dengan kemudahan terbaik iaitu J-GREEN SAKAI yang terletak di Osaka.

 

Antara pengisian program latihan 12 hari itu ialah perlawanan persahabatan menentang kelab-kelab belia Divisyen Pertama Liga Profesional Jepun (J1), Cerezo Osaka dan Vissel Kobe, di samping menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Jepun dan mengikuti Program Pertukaran Budaya.

 

Sehubungan itu, bagi mengucapkan selamat belayar kepada 23 orang anggota pasukan B-18 yang di bawah naungan Ketua Jurulatih, Fujiwara Takao telah diadakan di Bangunan Kedutaan Jepun di Kiulap.

 

Mengalu-alukan ketibaan dan memberikan kata-kata semangat serta ucapan tahniah ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Kato Motohiko.

 

JFAC telah mendatangkan jurulatih-jurulatih dari kelab J1, Kashima Antlers ke negara ini dan mengadakan sesi-sesi latihan bersama pasukan B-18 dan juga pasukan muda Brunei DPMM FC.

 

Dengan pendedahan yang meningkat kepada budaya bola sepak Jepun dan dari perlawanan persahabatan dengan pasukan belia Jepun dan Asia Tenggara, diharapkan akan dapat menggalakkan pemain-pemain muda untuk meneruskan matlamat dan aspirasi mereka untuk bermain di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik yang akan datang.

 

Pengurus Pasukan B-18, Awang Zulkifle bin Haji Duraman semasa ditemu bual menjelaskan, kem latihan yang ditaja sepenuhnya oleh JFAC itu juga ialah sebagai salah satu persiapan menjelang Kejohanan Bola Sepak Belia ASEAN Football Federation (AFF) U-18 yang akan diadakan di Myanmar pada 4 hingga 17 September 2017 nanti.

 

Pasukan B-18 menurutnya lagi ialah pasukan Tabuan Muda ‘A’ dalam Liga Super Brunei dan berharap dengan adanya perlawanan persahabatan di Jepun nanti akan dapat menambah kemahiran, kefahaman dan juga pengalaman serta pendedahan untuk mengatasi perlawanan di luar negeri.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

The Man Who Took On The Coal Industry To Save A Forest - And Won

 2024-05-13 01:31:28

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59