Home > Bahasa Melayu
DYTM tinjau latihan kontinjen di Hotel Royale Chulan
Oleh : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin / Foto : Azmah Haji Ahad
August 18th, 2017 | 09:45 AM | 1139 views
KUALA LUMPUR
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat meninjau ke Hotel Royale Chulan, tempat penginapan kontinjen.
Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Chef de Mission Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan SEA Ke-29, Pengiran Anak Mohd. Sofian bin Pengiran Anak Haji Ibrahim.
Sejurus selepas itu, DYTM disembahkenalkan kepada pengurus-pengurus pasukan dan atlet-atlet Wushu, Karate juga Sepak Takraw sebelum berangkat melawat ke bilik urusetia kontinjen Negara Brunei Darussalam.
Semasa tinjauan tersebut, DYTM berkenan menerima sembah penerangan daripada Jurulatih Wushu, Ang Ju Ming; Jurulatih Karate, Lorentius Bernardus dan Jurulatih Takraw, Awang Jafar bin Mohd. Wali.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]