FacebookInstagramTwitterContact

 

Realisasikan Gagasan Pemimpin, Menjayakan Wawasan Negara           >>           Jayakan Sambutan Penuh Gemilang, Warna-Warni           >>           Mufti Kerajaan Diundang Bentangkan Kertas Kerja Utama           >>           PBCTA Tingkatkan Semangat Kenegaraan           >>           Timbalan Mufti Sertai Persidangan Di Kaherah, Republik Arab Mesir           >>           Bersyukur Terpilih Menyertai Barisan Pasukan Ikrar           >>           Peserta Persembahan Padang Zahirkan Semangat Patriotik           >>           Kagum Dengan Keamanan Negara           >>           HOGB Chapter Adakan We Love Brunei Darussalam Ride           >>           Grand Assembly Of The 34th National Day Celebration           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events


Brunei Gastronomy Week
February 23rd, 2018 | 08:00 AM


Negara Brunei Darussalam 34th National Day
February 23rd, 2018 | 10:00 AM





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:06AM

Subuh

: 05:16AM

Syuruk

: 06:33AM

Doha

: 06:56AM

Zohor

: 12:35PM

Asar

: 03:52PM

Maghrib

: 06:34PM

Isyak

: 07:43PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar juara Pertandingan Bahas


PERTANDINGAN Akhir Bahas Bahasa Melayu Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-maktab Senegara Kali Ke-45 Tahun Oleh : Khartini Hamir, Mohd. Amirul Hilmi Jali / Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

 


 August 13th, 2017  |  11:55 AM  |   917 views

RIMBA

 

 

 

 

 

Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar muncul juara setelah mengalahkan Sekolah Saint Andrew pada Pertandingan Akhir Bahas Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab-maktab Senegara Kali Ke-45, Tahun 2017 yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Rimba II, di sini.

 

Sementara itu, tempat ketiga bersama dimenangi oleh Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali dan Sekolah Menengah Rimba II.

 

Pembahas Terbaik dianugerahkan kepada Dayang Nurfazillah binti Abdullah Shahribol Rizal dari Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar.

 

Hadir selaku tetamu kehormat menyampaikan hadiah ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Dayang Nadia Lee Siew Hoon binti Abdullah.

 

Pertandingan tersebut menyaksikan perdebatan hebat berunsurkan 'ala parlimen' di antara Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar selaku pihak Kerajaan dan Sekolah Saint Andrew selaku pihak Pembangkang, yang mana kedua-dua pasukan membahaskan isu perbincangan bertajuk 'Pekerja Asing Mencabar Kewibawaan Anak Tempatan'.

 

Ia dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui Unit Akli itu antara lain bertujuan agar dapat membentuk daya fikir serta memantapkan lagi teknik-teknik pemberian hujah juga pandangan berfakta secara spontan dalam diri para pelajar, di samping dapat melahirkan pembahas yang cerdik dan sebagai landasan utama mencari wakil debat negara ke peringkat Antarabangsa.

 

Dengan pertandingan para pelajar dapat mempelajari bagaimana membina keluhuran peribadi serta daya penghujahan yang bernas hasil dari mempelajari teknik berdebat bersistematik.

 

Melalui pertandingan ini juga diharap akan dapat melahirkan lebih ramai lagi generasi pendebat-pendebat ilmuan negara, khususnya yang terdiri daripada generasi muda tempatan sekarang, sekali gus melahirkan ramai cendekiawan dan sarjana yang sejajar dengan Wawasan Negara 2035 yang mahu negara juga rakyatnya dinilai terbilang dengan cerdik pandai dan berkemahiran tinggi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Existing Govt Still Right One – Musa

 2018-02-24 09:17:24

Rohingya Villages Destroyed 'To Erase Evidence'

 2018-02-24 09:26:13

Anbang Seizure Whets Buyers' Appetites for Buildings Across U.S.

 2018-02-24 10:04:42