Home > Bahasa Melayu
Wadah pembentukan minda positif
Oleh : Aimi Sani / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman
August 13th, 2017 | 11:54 AM | 819 views
TUTONG
Program Rakan Remaja Penerangan (RRP) dihasrat untuk mendekati para remaja di sekolah-sekolah supaya mereka peka dengan perkembangan semasa serta menanamkan semangat kenegaraan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan remaja.
Program RRP anjuran Jabatan Penerangan melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan kali ini mensasarkan Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (SM RIPAS), Tutong.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Kluster 4, Kementerian Pendidikan, Dayang Hajah Suriani binti Haji Noor Hashim.
Juga hadir, Pengetua SM RIPAS, Dayang Hajah Amal Nuriyah binti Haji Ahmad Kumpoh, selaku Pengerusi Bersama program berkenaan serta tenaga pengajar.
Dalam ucapan alu-aluannya, program tersebut diharap akan dapat memberikan kesedaran sivik dan semangat kenegaraan terutama kepada golongan remaja ke arah pembentukan minda dan moral positif.
Ia juga bertujuan untuk mendekati golongan belia dan remaja di sekolah-sekolah melalui seni hiburan yang terarah dan terpimpin.
Taklimat dimulai dengan tayangan video ‘Kibarkan Bendera Negara dengan Megah’ diikuti dengan video ‘Semarak Pengibaran Bendera Negara’, klip video animasi ‘Tatacara Menaikkan Bendera’ serta klip video aplikasi mudah alih ‘InfoDeptBN’.
Acara diteruskan dengan taklimat 'Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' yang disampaikan oleh Ketua Cawangan Penerangan Daerah Tutong, Awang Hasanul Hidayat bin Haji Abu Bakar.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]