FacebookInstagramTwitterContact

 

European Election: German Chancellor Scholz Condemns Attack On Matthias Ecke           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Ghanaians Party Big Time With Medikal At London O2 Concert           >>           North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger           >>           Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sentiasa Peka Perkembangan Geo-Strategik, Geo-Ekonomik Melibatkan Pertahanan Negara


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei berkenan mengurniakan titah pada Upacara Sovereign's Parade bagi Pegawai Kadet Pengambilan Ke-14, Sekolah Pegawai Kadet yang berlangsung di Padang Kawad, Akademi Pertahanan ABDB, Tanah Jambu. | FOTO: INFOFOTO (Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hamzah Mohidin, Muhammad Asri Haji Awang Abas)

 


 April 29th, 2016  |  11:06 AM  |   2522 views

TANAH JAMBU

 

Khamis, 28 April. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bertitah mengingatkan Pegawai-Pegawai Kadet untuk sentiasa peka dengan perkembangan geo-strategik dan geo-ekonomik yang melibatkan pertahanan negara.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yakin bahawa Pegawai-Pegawai Kadet yang menamatkan latihan pada hari ini adalah mampu untuk melaksanakan tanggungjawab dan peranan yang lebih besar dari apa yang pernah dilalui oleh mereka sebelum ini.

 

Menurut Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Sekolah Pegawai Kadet mempunyai peranan besar dalam melatih, mendidik dan membimbing Pegawai-Pegawai Kadet.

 

"Latihan adalah dihasratkan untuk melahirkan pemimpin-pemimpin tentera yang berkebolehan dan berilmu yang dapat menangani tugas dengan baik dan malah yang lebih dari itu, mampu untuk menghadapi cabaran-cabaran akan datang," titah baginda pada Upacara Sovereign's Parade bagi Pegawai Kadet Pengambilan Ke-14, Sekolah Pegawai Kadet yang berlangsung di Padang Kawad, Akademi Pertahanan (AP) ABDB, Tanah Jambu, di sini.

 

Keupayaan dan keprihatinan mereka di sini, titah baginda, tidak syak lagi dapat membantu pihak atasan dalam membuat keputusan-keputusan dasar secara lebih efektif dan cekap bagi pertahanan dan keselamatan negara.

 

Selain itu, baginda juga percaya, semua Pegawai Kadet dapat mempamerkan disiplin yang tinggi dan keolahan terpuji dalam masa menjalankan amanah dan tanggungjawab untuk negara.

 

"Beta yakin mereka layak untuk jadi 'role model' yang memiliki ciri-ciri 'Lead By Example' kepada sekalian anggota bawahan yang akan dipimpin nanti," titah baginda.

 

Seterusnya baginda bertitah, AP ABDB kini telah pun berpindah ke tapak baru, yang lebih moden dan kondusif untuk latihan-latihan ketenteraan.

 

"Infrastruktur yang luas dan baru ini adalah merupakan satu pelaburan besar yang diikhtiarkan oleh kerajaan beta bagi menjana kapasiti sumber manusia Angkatan Bersenjata kita. Ia turut berperanan untuk menaikkan imej dan profil AP di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa," titah baginda seterusnya.

 

Di kesempatan itu, baginda menaruh harapan, dengan adanya tapak baru itu akan membolehkan AP menjadi sebuah pusat pendidikan dan latihan ketenteraan yang benar-benar berjaya, sama ada secara dalaman mahupun di mata luar.

 

Baginda seterusnya bertitah mengingatkan bahawa pertahanan bukanlah setakat bergantung kepada peralatan dan persenjataan semata-mata, malah turut penting ialah keupayaan para anggota dalam memainkan peranan masing-masing.

 

Jika peranan itu berjaya dilaksanakan dengan baik, titah baginda, maka tidak syak lagi ia akan menjadi nilai tambah kepada peralatan dan persenjataan.

 

Terdahulu, Kebawah DYMM juga mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pegawai-Pegawai Kadet di atas pertunjukan perbarisan yang sangat baik dan kemas.

 

Kegembiraan itu titah baginda, tentunya turut dikongsi sama oleh para ibu bapa dan kaum keluarga Pegawai-Pegawai Kadet sekalian.

 

Baginda juga merakamkan tahniah kepada seluruh warga AP ABDB, khasnya warga Sekolah Pegawai Kadet, pegawai pemerintah, pegawai-pegawai dan 'Colour Sergeant' serta para jurulatih atas usaha gigih mereka dan berharap semoga kualiti kejurulatihan akan terus berkembang melalui pengalaman yang boleh dibawa ke pengambilan yang seterusnya.

 

"Beta mengambil maklum, bahawa 34 orang Pegawai Kadet dari Pengambilan Ke-14 telah pun berjaya menjalani latihan padu selama 52 minggu. Beta juga turut difahamkan, di antara yang akan menerima tauliah pada pagi ini ialah seorang Pegawai Kadet berkelulusan Doktor Perubatan dan dua orang Pegawai Kadet lepasan Ijazah Doktor Pergigian.

 

Hari ini adalah detik bersejarah bagi Pengambilan Ke-14 dan sekali gus bagi AP khasnya Sekolah Pegawai Kadet kerana perbarisan pada pagi ini adalah merupakan perbarisan tamat latihan bagi Pegawai Kadet yang pertama kali diadakan di tapak baru AP," titah baginda.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Aimi Sani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07