FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ekspo BIMB EAGA dirasmikan


YANG Berhormat Menteri KKBS semasa merasmikan Ekspo 'Pelancongan dalam Ekspo Makanan dan Kebudayaan BIMB EAGA 2017' yang berlangsung di Atrium, Airport Mall. Oleh : Khartini Hamir / Mohd. Amirul Hilmi Jali (Mahasiswa UNISSA) / Foto : Azmah Haji Ahad

 


 July 28th, 2017  |  09:29 AM  |   2509 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

Brunei Darussalam BIMB EAGA Business Council (BD BEBC) sekali lagi mengendalikan Ekspo BIMB EAGA buat kali ketiga dan kali ini menampilkan Ekspo 'Pelancongan dalam Ekspo Makanan dan Kebudayaan BIMB EAGA 2017' yang berlangsung di Atrium, Airport Mall, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat merasmikan ekspo ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

Pengerusi BD BEBC, Pengiran Yura Kesteria bin PSN Pengiran Haji Mohd. Yusof dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan rantau BIMB EAGA mempunyai keluasan 1.6 juta km / persegi dengan anggaran penduduk seramai 80 juta orang yang mempunyai banyak jenis makanan dan buah-buahan lazat yang boleh memberikan pengalaman baharu dalam 'tourism', bukan sahaja di rantau BIMB EAGA, malah ke seluruh dunia.

 

Beliau percaya jika 'Food Tourism' itu dirancang dan diperkembangkan dengan baik terutamanya Halal Food Tourism, ia berpotensi untuk merangsang ke arah pertumbuhan dan perkembangan produk-produk pelancongan baharu yang dapat memberikan peluang untuk menjana ekonomi bagi penduduk sekitar BIMB EAGA.

 

Di samping itu, 'Cultural Tourism' juga dapat memberikan impak ekonomi yang besar pada industri pelancongan khususnya bagi peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) dan menarik perhatian dan minat pelabur asing luar serta dalam negara BIMB EAGA dan sekitarnya.

 

Pada majlis tersebut, Yang Berhormat Menteri turut melancarkan dua buah buku bertajuk 'Fruits and Flowers in Cooking' oleh Dayang Hajah Siti Zaleha dari Negara Brunei Darussalam dan buku 'Happylicious Children Cook Book' oleh Mohana Gill dari Republik Singapura.

 

Seterusnya, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyaksikan Majlis Penandatanganan Perjanjian Program Inisiatif Kotej dan Belia (Cottage and Youth Initiative Program - CYIP) di antara Bru Trade International Sdn. Bhd. dan Insimika Worldwide Sdn. Bhd., yang masing-masing ditandatangani oleh Pengarah Urusan Bru Trade Int. Sdn. Bhd., Awang Ramlee bin BPKDP Haji Zainuddin bersama Pengarah Ekesekutif Insimika Worldwide Sdn. Bhd., Dato' Sri Erynna Haji Abd. Rashid.

 

Antara objektif ekspo tersebut diadakan ialah untuk menyokong dan mempromosikan kebudayaan tradisi di BIMB EAGA, selain turut mempromosikan makanan tradisi dan 'food tourism' dalam kalangan negara BIMB EAGA.

 

Ekspo empat hari itu mempamerkan pelbagai pameran dan produk jualan berserta aktiviti yang lain seperti demonstrasi masakan daripada chef-chef selebriti dari Malaysia dan Singapura, Cabaran Memasak BIMB EAGA, Junior Healthy Cook Out, Demonstrasi Gubahan Bunga dan Ukiran Buah-Buahan, Demonstrasi Pakaian Pengantin Brunei, Demonstrasi Tanjak dan Sinjang, Sesi Motivasi Healthy Living, Mini Forum dan Lawatan ke Eco Ponies Garden di Kampung Lamunin, Daerah Tutong.

 

Ekspo turut disokong bersama oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan; Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; CYIP dan Pusat Pembangunan Belia (PPB).

 

Juga hadir pada majlis perasmian ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nurul Qomar serta pegawai-pegawai kanan dari sektor kerajaan dan swasta.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30