Home > Bahasa Melayu
Pelajar didedahkan budaya hidup di KUPU SB
BACAAN Asma Ul Usma beramai-ramai. Oleh : Aimi Sani / Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said
July 28th, 2017 | 09:26 AM | 2146 views
BANDAR SERI BEGAWAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 27 Julai. - Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) telah
mengadakan Majlis Apresiasi Minggu Ta'aruf Ke-11 Sesi 2017 / 2018 bertempat di Dewan Tarbiyah, KUPU SB, di sini.
Majlis Apresiasi tersebut dihasratkan untuk memberi pendedahan tentang kepentingan memahami falsafah, visi dan misi KUPU SB.
Hadir selaku tetamu kehormat, Pemangku Ra'es KUPU SB, Dr. Awang Haji Adanan bin Haji Basar.
Dekan Pelajar KUPU SB, Ustaz Haji Md. Syahiran bin Haji Md. Sofian dalam ucapan alu-aluannya berkata, seramai 139 orang pengambilan pelajar baharu bagi sesi kali ini.
Menurutnya, daripada jumlah tersebut 48 pelajar mengikuti Sarjana Muda Perguruan Ugama, 58 orang pelajar mengikuti Diploma Tinggi Perguruan Ugama, 27 pelajar mengikuti Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah SPU dan tujuh orang mengikuti Sarjana Perguruan Ugama.
Antara objektif majlis apresiasi ini jelasnya, bertujuan untuk memperkenalkan budaya hidup di KUPU SB dalam konteks kemahiran mengurus masa selain meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab mematuhi peraturan KUPU SB di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara warga KUPU SB.
Acara kemudian diteruskan dengan tausiah, iaitu kata-kata berupa nasihat dan pengenalan mengenai KUPU SB yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis, diikuti dengan bacaan ikrar oleh pelajar-pelajar baharu.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]