FacebookInstagramTwitterContact

 

Ancient Pieces Of Wood Prove Our Ancestors Were Smarter Than We Thought           >>           Mcdonald’s Teases Its Biggest Burger Ever — And It Could Outrival Burger King’s Whopper           >>           Every Time Kelly Osbourne Was Honest Af About Motherhood           >>           Sabrina Carpenter Celebrates 25th Birthday With Leonardo Dicaprio Meme Cake           >>           Canning, Drying And More: The Art Of Food Preservation Across Cultures           >>           Popular Dry Shampoo Brands RECALLED After Cancer-Causing Ingredient Discovered           >>           Foreign Office Investigates Hamas Claim British-Israeli Hostage Killed In Gaza           >>           Children killed as bomb falls near Sudan hospital – MSF           >>           The Man Who Took On The Coal Industry To Save A Forest - And Won           >>           Natural Remedies That Defeat Chronic Stress And Support Adrenal Health           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berangkat ke Majlis Sambutan Hari Kemasyarakatan


BERANGKAT ke Majlis Sambutan Hari Kemasyarakatan Ke-9 PPPBD YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah. Berita dan Foto : Hernie Suliana Haji Othman

 


 July 27th, 2017  |  08:51 AM  |   1873 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

 

 

 

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, selaku Yang Di-Pertua Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Kemasyarakatan Ke-9, 2017 anjuran persatuan berkenaan.

 

Berangkat sama, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

 

Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia di Ibu Pejabat PPPBD, Jalan Anggerek Desa, Berakas di sini dijunjung oleh Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Dayang Hajah Siti Hafsah binti Haji Abdul Halim, selaku Pengerusi Majlis.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Pesuruhjaya Kerohanian PPPBD, Dayang Hajah Fatimah binti Haji Abdul Ghani.

 

Pengerusi PPPBD, Dayang Hajah Siti Hafsah dalam sembah alu-aluannya antara lain menyembahkan, di atas minat dan semangat kental Ahli-Ahli Dewasa PPPBD dalam projek pertanian, maka satu projek kesinambungan telah dimulakan dengan tujuan untuk memupuk minat 50 orang Ahli Pandu Puteri / Pandu Puteri Ranjer dan Pemimpin Muda Ahli-Ahli yang baharu dari Maktab-Maktab, Pusat-Pusat Tingkatan Enam dan Sekolah-Sekolah Menengah bagi menyertai Projek Jari-Jari Hijau.

 

Projek ini dijalankan selaras dengan Program Pendidikan yang tidak formal Pandu Puteri / Pandu Puteri Ranjer dan Pemimpin Muda iaitu cabaran mental, kerohanian dan tenaga.

 

''Setelah tamat menjalankan projek ini mereka akan menerima Lencana Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan Makanan (Environment, Health and Food Safety Badge) di atas keberkaitannya dengan penyebaran perubahan cuaca, kesihatan dan pemakanan yang sihat,'' tambahnya.

 

YTM seterusnya dijunjung bagi menyempurnakan penganugerahan Buku Panduan Projek Jari-Jari Hijau kepada 6 buah sekolah iaitu, Sekolah Menengah Sayyidina Hassan; Sekolah Menengah Berakas; Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha; Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar dan Sekolah Menengah Tanjong Maya.

 

Di majlis ini YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah juga berkenan memotong Kek Ulang Tahun Puja Usia yang juga merupakan acara kemuncak majlis.

 

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Pesuruhjaya Kerohanian PPPBD.

 

YTM kemudian berkenan menyaksikan pameran kegiatan-kegiatan kemasyarakatan Ahli-Ahli PPPBD dan menyempurnakan pelancaran Projek Jari-Jari Hijau yang diadakan di sekitar bangunan ibu pejabat persatuan berkenaan.

 

Projek Jari-Jari Hijau merupakan projek jangka masa panjang dan berterusan sebagai kesinambungan kepada Projek Berbakti Kepada Bumi yang telah dilancarkan dan diusahakan oleh ahli-ahli PPPBD sebelum ini. Projek-projek seumpamanya merupakan anak cambah dari Projek Pembangunan dan Perkembangan Persatuan PPPBD yang dimulakan pada tahun 2009.

 

Antara kegiatan yang diisi dalam projek ini ialah aktiviti penanaman pokok-pokok, kebun bunga-bungaan, buah-buahan, kebun herba dan ulam-ulaman dalam skala kecil dan organik. Ianya adalah untuk memaksimakan penglibatan ahli-ahli Pandu Puteri / Pandu Puteri Ranjer dalam kegiatan bercucuk tanam dan berkebun bagi menambah kemahiran, mendekatkan diri kepada alam semula jadi, di samping menurunkan ilmu pertanian kepada ahli-ahli belia.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

The Man Who Took On The Coal Industry To Save A Forest - And Won

 2024-05-13 01:31:28

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59