FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Hari Terbuka PPK tawar program latihan bagi pencari kerja


SUASANA Hari Terbuka Pusat Pembangunan Kapasiti anjuran Jabatan Tenaga dan Perindustrian, Jabatan Perdana Menteri. Oleh : Khartini Hamir, Nooratini Haji Abas / Foto : Masri Osman, Azmah Haji Ahad

 


 July 27th, 2017  |  08:50 AM  |   4474 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

 

 

 Hari Terbuka (Market Day) Pusat Pembangunan Kapasiti (PPK) dihasrat akan dapat memastikan pencari kerja tempatan lebih berkemampuan dengan program-program latihan yang ditawarkan dan diharap akan memberikan sehingga lebih 2,800 peluang pekerjaan.

 

Hari Terbuka PPK anjuran Jabatan Tenaga dan Perindustrian, Jabatan Perdana Menteri (JPM) berlangsung selama lima hari itu bermula 26 Julai hingga 30 Julai 2017, yang diadakan di Auditorium Bekas Bangunan Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna di Jalan 10, Rancangan Perumahan Negara Lambak Kanan di sini.

 

Hadir meninjau dan menyaksikan demonstrasi program-program berkenaan ialah Menteri di JPM dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di JPM, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin; Pemangku Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

 

Turut sama meninjau ialah Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud dan Timbalan Menteri Kewangan (Fiskal), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohd. Hanifah.

 

Semasa ditemu bual Pelita Brunei, Yang Berhormat Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di JPM,  menjelaskan, penubuhan PPK telah diumumkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah baginda pada 15 Julai 2017 bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke-71.

 

“Fokus pada masa ini ialah Construction Industry, dan ada sesetengah program di bawah industri ini diminati oleh para belia masa kini, dan mereka ini akan dilatih dalam masa tiga ke enam bulan dan insyaaAllah mereka ini akan menjadi tenaga kerja yang 'industry-ready', itulah yang dihasratkan,” ujar Yang Berhormat.

 

Idea ini jelas Yang Berhormat sama juga seperti dahulunya iaitu ‘energy industry competency framework’ dan kali ini diselaraskan kepada ‘energy competency framework’, dan InsyaaAllah ia akan menyumbang dalam menambah lagi peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.

 

Pengambilan pertama pusat berkenaan dijangka pada September 2017 dengan 13 program ditawarkan iaitu perancah; pemasang; pemandu kenderaan berat; tukang cat; tukang besi; tukang kayu; tukang mason / lepa; penebat; pemasang tanda / tukang rivet, sementara kursus selebihnya dijangka bermula dari Disember 2017 dan seterusnya.

 

PPK Market Day dibukakan dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, kecuali pada hari Jumaat, 28 Julai 2017, ianya akan ditutup dari 12.00 tengah hari hingga jam 2.00 petang.

 

Justeru itu, warga atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang telah menamatkan Tahun 9 dan ke atas adalah amat dialu-alukan menghadiri PPK Market Day ini dan mendaftar ke dalam program-program tersebut.

 

Sebarang keterangan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.ei.gov.bn/ppk atau menghubungi JobCentre Brunei secara langsung dengan menghubungi 8239933 atau melalui e-mel di [email protected].

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16