Home > Bahasa Melayu
28 pelajar khatam Al-Quran
Oleh : Aimi Sani / Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said
July 27th, 2017 | 08:49 AM | 808 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seramai 28 orang pelajar Darjah 6 terdiri daripada 11 lelaki dan 17 perempuan Sekolah Ugama Haji Mohammad Jaafar Maun Kiulap, Brunei I menyertai Majlis Khatam Al-Quran bertempat di Dewan Serbaguna Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiulap, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diketuai oleh tetamu kehormat majlis diikuti dengan bacaan Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Lahab oleh peserta khatam diselajurkan dengan bacaan takhtim oleh penuntut-penuntut perempuan Darjah 4 dan 5.
Sementara itu, bacaan Doa Khatam pula dibacakan oleh wakil peserta khatam, Awang Md. Ra'uf bin Haji Rosli diikuti dengan Dikir Marhaban oleh penuntut lelaki Darjah 4 dan 5.
Acara diakhiri dengan penyampaian sijil khatam dan merenjis minyak oleh tetamu kehormat majlis kepada para peserta khatam.
Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh penuntut Darjah 5, Awang Md. Nur Aiman bin Md. Yusri
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Brudirect.com
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]