FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Islam memantapkan sosial-politik negara


Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Hamzah Mohidin

 


 July 25th, 2017  |  09:44 AM  |   1031 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman berkata, Kementerian Hal Ehwal Ugama berperanan merancang, mengurus dan melaksanakan hal ehwal ugama dengan baik dan berkesan sebagai ugama rasmi negara. Dalam hal ini katanya, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) menetapkan strateginya dan berusaha mengukuh serta memelihara kemurnian Islam. ''Sebab kita percaya bahawa Islam yang lazimnya diamalkan di negara ini telah menyumbang kepada kemantapan sosial-politik negara,'' ujar Yang Berhormat semasa berucap pada Majlis Dialog Hal Tuju Da'wah yang diadakan di Dewan Auditorium 1, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Katok, di sini. Dengan itu tambahnya, Brunei dapat terus membangun, rakyat dapat terus menikmati kesejahteraan. Kita meyakini hal itu sebagai tanda Brunei diberkati oleh Allah kerana keislamannya. Di samping itu jelasnya, negara memuliakan serta sentiasa mensyi'arkannya dan Brunei berpedomankan kepada ajarannya yang lazim diamalkan itu. Dengan itu jelasnya lagi, kita mendapati Islam di negara ini sedang menempati tempatnya yang wajar sebagai ugama rasmi negara. ''Tentu hal ini dimungkinkan oleh kerana Islam itu telah didakwahkan oleh orang-orang yang terdahulu daripada kita secara berkesan dalam suasana negara pada masa lalu. Maka sekarang tentu sahaja kita wajar merasa terpanggil untuk mendakwahkannya secara lebih teratur. Kita terpanggil untuk mendatangkan impak dengan lebih mengketarakan 'relevancy' Islam dalam usaha sama menjamin dan mengekalkan kemantapan negara dan kesejahteraan rakyat,'' terang Menteri Hal Ehwal Ugama seterusnya. Yang Berhormat seterusnya berkata, tidak syak lagi bahawa Islam sangat berperanan ke arah itu. Faktor peranannya itu jelasnya, hendaklah diketarakan secara positif yang menjadikan Islam itu mendapat tempatnya yang wajar dalam pemerintahan negara. Dalam dialog ini terangnya, akan membincangkan sekitar hala tuju da'wah. Maksud tersebut tambah Yang Berhormat, ialah untuk meneruskan sambil mengukuhkan usaha mendakwahkan Islam yang menyumbang ke arah kemantapan negara dan kesejahteraan rakyat selaras dengan taraf kedudukannya yang wajar dalam pemerintahan itu. ''Ini penting dan hendaklah menjadi keutamaan da'wah di negara ini,'' tegas Yang Berhormat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16