FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Nilai sumber manusia sumbang pertumbuhan sosio-ekonomi


ANTARA yang hadir pada majlis perasmian tersebut terdiri daripada para pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Oleh : Khartini Hamir / Foto : Azmah Haji Ahad

 


 July 25th, 2017  |  09:42 AM  |   972 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Menganggotai Perkhidmatan Awam merupakan nadi yang mempunyai nilai jangka panjang sebagai penjana, penghubung, penggerak dan penyelaras pada aset-aset lain untuk memberi keupayaan Perkhidmatan Awam memperolehi kelebihan bersaing. Nilai sumber manusia yang diurus dengan berkesan akan memberi jaminan perkembangan dan kepuasan bekerja yang akan menyumbang pada pertumbuhan sosio-ekonomi masyarakat dan meningkatkan daya saing negara. Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Awang Haji Noor Jusmin bin Haji Abdul Samad menyatakan perkara tersebut semasa merasmikan Program Peningkatan Personel KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya yang diadakan di Dewan Digadong, bangunan kementerian berkenaan, di sini. Program tersebut, jelas Setiausaha Tetap adalah bertitik tolak dari pelan tindakan sumber manusia KKBS dan jabatan-jabatannya, yang mencakupi strategi dan program mengurus hal ehwal sumber manusia, melaksanakan dasar, peraturan dan pembangunan sumber manusia, penilaian prestasi untuk kemajuan kakitangan, kemajuan kerjaya, memajukan struktur organisasi bagi produktiviti dan kemajuan, latihan tahunan, kepimpinan, pentadbiran kewangan dan perhubungan awam. ''Pelan tindakan ini mendukung aspirasi kerajaan untuk memperkaya setiap individu yang merupakan penjawat awam dengan kualiti dan sifat cemerlang, iaitu satu tahap kualiti tinggi dan seimbang dengan ciri-ciri sikap positif atau mudahnya produktif dan produktiviti penting bagi organisasi berfungsi di dalam bentuk pengeluaran pekerja, kualiti kerja, kecekapan, keupayaan dan penggunaan optimum masa,'' ujarnya. Tambah beliau lagi, isu produktiviti ada hubungan dengan status perlaksanaan penilaian prestasi yang bertujuan menilai produktiviti bagi memperbaiki kekurangan. Pengurusan prestasi berkaitan secara langsung dengan kejayaan sesebuah organisasi kerana pengurusan prestasi adalah untuk meningkatkan produktiviti dan keberkesanan sesebuah organisasi secara keseluruhannya. Justeru menurut beliau lagi, latihan dan pembangunan merupakan aktiviti pelengkap dalam pengurusan sumber manusia, yang mana latihan juga pembangunan digubal ke arah memupuk serta mempertingkatkan proses pembelajaran dalam kalangan pegawai dan kakitangan juga menjadi landasan untuk meningkat dalam kemajuan kerjaya. ''Pada pihak organisasi pula, ia adalah tanggungjawab menggubal dasar dan skop latihan sejajar dengan keperluan agensi masing-masing yang akhirnya boleh mendatangkan manfaat kepada kedua-dua pihak, iaitu pegawai dan organisasi,'' jelas Awang Haji Noor Jusmin. Kira-kira seramai 90 kalangan pegawai dan kakitangan dalam Divisyen II hingga V menghadiri Program Peningkatan Personel bagi KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya bermula hari ini sehingga 12 Ogos 2017 yang disasarkan kepada pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat lebih kurang lima tahun perkhidmatan. Program ini merupakan rancangan jangka panjang kementerian dalam membarigakan peranan serta tanggungjawab KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya, seterusnya meningkatkan pengetahuan, memantapkan serta melengkapkan setiap pegawai dan kakitangan tersebut dengan pengetahuan asas perkhidmatan awam, pendeknya 'Welcome to KKBS' dan 'Public Service Made Simple'. Program dijalankan dalam dua fasa, yang mana bagi fasa pertama, semua taklimat akan diadakan di Dewan Digadong, Tingkat I, Bangunan KKBS, yang mana dalam fasa ini hampir keseluruhan kandungan taklimat adalah diperoleh dari Institut Perkhidmatan Awam (IPA) yang difokuskan pada kursus induksi dan peserta akan menerima sijil kursus induksi yang akan dikeluarkan oleh IPA. Manakala fasa kedua, para peserta akan mengikuti taklimat serta lawatan ke bahagian-bahagian dan jabatan-jabatan menurut jadual yang telah diaturkan. Dalam fasa itu, pegawai dan kakitangan akan didedahkan dengan peranan serta tanggungjawab kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53