FacebookInstagramTwitterContact

 

Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Keberangkatan cermin kepimpinan dan pemedulian Kebawah DYMM


KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Oleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Masri Osman, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Mohd. Sahrizal Haji Said, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

 


 July 24th, 2017  |  08:45 AM  |   2123 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 23 Julai. - Persembahan Khas dengan tema ‘Raja Peneraju, Rakyat Bersatu’ mewarnai Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Brunei dan Muara (DBM) sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 Tahun. Tema ini mengandungi beberapa perisian yang menjurus ke arah perpaduan rakyat serta menerapkan nilai-nilai tradisi anak watan dari beberapa lapisan generasi berbilang kaum, puak, etnik dan kebudayaan. Turut digarapkan adalah kesetiaan kepada raja yang dikasihi serta bersatu padu, dengan berkat kepimpinan raja sebagai Ulul Amri selaku peneraju dalam mencapai kemajuan negara yang merdeka lagi berdaulat ini. Persembahan pada tahun ini melibatkan 589 penuntut sekolah-sekolah rendah dan menengah kerajaan dan sekolah swasta serta pertubuhan-pertubuhan awam di daerah ini. Juga mengiringi persembahan khas tersebut ialah pasukan pancaragam Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kumpulan Belia-belia di bawah pimpinan Awang Haji Khairol bin Haji Johari di samping Pengarah dan Ketua Choreographer persembahan iaitu Awang Haji Suhaili bin Haji Moktar dan Dayang Tizan binti Haji Jamudin. Sementara itu, lagu tema ‘Mahkota Satria’ merupakan hasil ciptaan Amin Sirat dan melodinya oleh Awang Fathan Anuar. Dalam pada itu, Pegawai DBM, Awang Misle bin Haji Abdul Karim dalam sembah alu-aluan pada Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk DBM sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 Tahun bercemar duli beramah mesra bersama rakyat serta penduduk di DBM merupakan saat-saat yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh seluruh lapisan rakyat dan penduduk di daerah tersebut. Tambahnya, keberangkatan Kebawah DYMM itu mencerminkan kepimpinan dan pemedulian serta tanda kasih sayang baginda terhadap rakyat jelata. Bagi mewakili segenap lapisan rakyat serta penduduk dan seluruh warga Perkhidmatan Awam di daerah ini, Awang Misle menyembahkan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi ke hadapan majlis Kebawah DYMM dengan sentiasa mendukung kepimpinan baginda dalam memacu pembangunan dan kemajuan negara. ”Selaku rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam, khususnya DBM, hamba-hamba Kebawah Duli Tuan Patik sentiasa berdoa semoga Kebawah Duli Tuan Patik serta kerabat diraja sekalian dilanjutkan usia dan sentiasa berada dalam perlindungan dan keredaan Allah Subhanahu Wata'ala, sihat walafiat, aman sejahtera serta kekal karar memerintah turun-temurun di atas takhta singgahsana kerajaan dan Negara Brunei Darussalam terus berada dalam keadaan aman, damai serta dengan rahmat, taufik dan inayah Allah Subhanahu Wata'ala,” sembah Pegawai DBM pada majlis yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di sini. Seterusnya, bagi mewakili daerah itu, Awang Misle dengan penuh hormat serta takzim juga menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih di atas keberangkatan Kebawah DYMM bersama kerabat diraja bercemar duli beramah mesra bersama rakyat dan penduduk DBM.  

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16