Home > Bahasa Melayu
Ramah Mesra Hari Raya hidupkan suasana kejiranan
SUASANA Majlis Ramah Mesra Hari Raya yang diraikan oleh penduduk di Jalan 99, Simpang 148-3 di Rancangan Perumahan Negara, Kampung Rimba, GadongBerita dan Foto Ihsan : Haji Suhaimi bin Haji Japar
July 24th, 2017 | 08:40 AM | 1709 views
RIMBA
Kemeriahan Aidilfitri masih lagi dapat dirasakan walaupun bulan Syawal hampir melabuh tirainya namun masih ramai yang meraikannya dengan mengadakan majlis-majlis rumah terbuka dan perkumpulan sempena Hari Raya. Majlis Ramah Mesra Hari Raya ini turut diraikan oleh para penduduk di Jalan 99, Simpang 148-3 di Rancangan Perumahan Negara, Kampung Rimba, Gadong, yang telah berjaya mengumpulkan lebih kurang 30 buah rumah untuk sama-sama memeriahkan majlis berkenaan berlangsung pada 21 Julai 2017 yang lalu. Majlis tersebut merupakan julung-julung kalinya diadakan semenjak mereka tinggal di kampung tersebut lebih kurang lima tahun lalu. Pengerusi majlis, Mejar (B) Awang Alim bin Buntar berasa sangat bersyukur kerana sambutan daripada jiran tetangga sangat membanggakan dan di luar jangkaan. Sementara itu, Timbalan Pengerusi, Awang Haji Suhaimi bin Haji Japar turut menjelaskan tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk beramah mesra dan bersuai kenal bersama jiran serta menghidupkan kembali suasana kejiranan dan kekeluargaan. Majlis Ramah Mesra tersebut telah dihadiri oleh kira-kira 200 orang bersama keluarga masing-masing. Acara turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian hari raya dan cabutan angka bertuah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]