FacebookInstagramTwitterContact

 

Original Opera Marco Polo Rehearsed And Revived In Guangdong           >>           'Extreme' Solar Storms Cook Up Sweet Mother's Day Auroras For Moms Everywhere           >>           The geomagnetic storm is a nightmare for farmers relying on precision agriculture tech           >>           The geomagnetic storm is a nightmare for farmers relying on precision agriculture tech           >>           Most App Store Developers Aren’t Taking Apple Up On Its New Outside Payments Option           >>           Pre-Orders For Ghost Of Tsushima On PC Are Being Canceled In Countries Without PSN Access           >>           Toulouse Spoil PSG Title Party, Mbappé Sendoff With Surprise Win           >>           Leverkusen Crush Bochum To Stretch Unbeaten Run To 50 Games           >>           Trossard's goal proved enough to earn Arsenal all three points.           >>           Man United Earn First Women's FA Cup With Dominant Spurs Win           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Strategi lahirkan usahawan belia perlu dipercepatkan


Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof ketika berucap pada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Ke-10 (AMMY X) dan Plus 3 di Jakarta, Indonesia. Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS)

 


 July 22nd, 2017  |  10:57 AM  |   1606 views

JAKARTA

 

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menyatakan bahawa strategi memberi pengutamaan bidang keusahawanan belia semata-mata untuk melahirkan belia yang kental dan berdikari perlu dipercepat pelaksanaannya sejajar membangun Komuniti ASEAN yang mempunyai belia-belia yang mantap mendepani masa hadapan mereka. Menurut Siaran Akhbar Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menekankan perkara itu ketika berucap pada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Ke-10 (AMMY X) dan Plus 3 di Jakarta, Indonesia yang dipengerusikan oleh Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Tuan Yang Terutama Imam Nahrawi. Jelas Yang Berhormat lagi, bertitik tolak dari Pelan Tindakan ASEAN untuk Belia 2016 - 2020, pendekatan-pendekatan supaya usahawan belia bercambah perlu jitu untuk terus menerus melihat kejayaan yang terbukti, antara lain melalui penyediaan mentor dan mewujudkan jaringan kerjasama (network) dengan usahawan yang telah berjaya. ''Aspirasi kerajaan menerusi pelaburan dalam program belia berdikari sudah barang tentu untuk melihat belia berjaya dalam ekonomi, keluarga dan bertanggung jawab secara sosial,'' ujar Yang Behormat lagi. Dalam hal yang berkaitan, Yang Berhormat mengulangi sokongan terhadap penyediaan Indeks Pembangunan Belia (Youth Development Index - YDI) untuk mengukur pencapaian ASEAN dalam membina belia. Yang Berhormat bangga dengan pencapaian Mesyuarat Menteri Belia ASEAN yang berhasil melancarkan Laporan Indeks Pembangunan Belia ASEAN Pertama yang menyukat Kesejahteraan belia, antara lain dalam Pendidikan, Kesihatan, Pekerjaan, nilai dan identiti. Laporan menunjukkan keseluruhan 'domain' menunjukkan usaha-usaha kerajaan ASEAN telah meningkatkan kualiti hidup belianya. Dalam mesyuarat dengan Plus 3 pula, ASEAN pada utamanya berterima kasih pada kerajaan Republik Rakyat China, Jepun dan Republik Korea yang selama ini menghulurkan program-program pertukaran belia, di mana belia-belia ASEAN dapat meningkatkan pembinaan watak, kepimpinan dan tanggungjawab kepada masyarakat dengan sukarela. Tambah nilai pada Mesyuarat kali ini, tuan rumah menganjurkan ASEAN Youth Expo 2017 untuk mempertemukan belia-belia ASEAN, mengetengahkan kelebihan bidang masing-masing bagi mendorong belia lain memajukan diri dan organisasi. Ekspo tersebut dan Mesyuarat Hari Belia ASEAN menyerlahkan penitikberatan ASEAN terhadap keberhasilan belia-belianya melalui program-program yang bermanfaat. Dalam pada itu, penganugerahan ASEAN Youth Award (AYA) dan ASEAN Ten Accomplished Youth Organisations (TAYO) juga berlangsung, di mana belia Negara, Dayang Nurizzatul Izzah binti Hj. Abd. Rahman menerima anugerah AYA, sementara Society for Community Outreach and Training (SCOT) yang diwakili oleh Dayang Amal Nisyyah binti Haji Mulok menerima TAYO. Kedua-dua anugerah pada utamanya adalah untuk memotivasikan belia dan organisasi belia supaya bersungguh-sungguh dalam bidang yang diceburi sehingga membuahkan hasil. Dayang Nurizzatul Izzah merupakan penerima Anugerah Belia Berkhidmat sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada tahun lalu sementara SCOT bagi kategori Projek Cemerlang Persatuan untuk Belia. Pemenang-pemenang Anugerah Hari Belia Kebangsaan Negara Brunei Darussalam diangkat ke peringkat serantau adalah semata-mata bagi 'progression' terhadap pengiktirafan yang telah mereka raih di dalam negara. Mengiring Yang Berhormat Menteri ke mesyuarat-mesyuarat berkenaan ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Indonesia, Tuan Yang Terutama Dato Seri Pahlawan Awang Haji Yussof bin Haji Abdul Rahman dan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Haji Mohd. Noor Jusmin Haji Abdul Samad.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

The Man Who Took On The Coal Industry To Save A Forest - And Won

 2024-05-13 01:31:28

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59