Home > Bahasa Melayu
PEMEDAYAN meriahkan pentas perayaan
Oleh : Aimi Sani / Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said
July 22nd, 2017 | 09:57 AM | 2077 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dalam memeriahkan lagi sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 pada tahun ini, beberapa acara sampingan disediakan bagi memeriahkan lagi suasana sambutan. Sebagai salah satu acara berkenaan, Persatuan Melayu Kedayan (PEMEDAYAN) mengadakan acara persembahan pentas perayaan di Kawasan Letak Kereta Bangunan Alat Kebesaran Diraja di ibu negara, di sini. Hadir pada acara berkenaan ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim selaku Ahli Lembaga Penasihat PEMEDAYAN. Juga hadir ialah Yang Di-Pertua PEMEDAYAN, Awang Haji Zainal bin Tinggal. Acara diisikan dengan persembahan nyanyian lagu Hari Keputeraan Kebawah DYMM oleh ahli-ahli PEMEDAYAN, tarian aduk-aduk serta kuiz yang dibukakan untuk orang ramai.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]