FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


ICT Sumber Maklumat, Intelek


MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat semasa berucap selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut. | FOTO: PELITA BRUNEI (Mohd. Sahrizal Haji Said)

 


 April 28th, 2016  |  08:39 AM  |   2092 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 27 April. - Sebagai public goods or public utilities, perkhidmatan perhubungan dan telekom menjadi asas penting kepada kesejahteraan dan pembangunan terutama kepada masyarakat.

 

Bukan sahaja sebagai sumber perhubungan, tetapi juga sebagai sumber intelek dan maklumat melalui apa yang kita kenal sebagai ICT.

 

Berucap pada Majlis Graduasi Kedua TelBru, Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat menjelaskan bahawa trend ini telah membentuk satu tamadun masyarakat yang berilmu (knowledge based society) meliputi semua kegiatan manusia sama ada ekonomi, pengurusan, perundangan dan sebagainya.

 

Menurut Yang Berhormat, permintaan orang ramai terhadap perkhidmatan telekomunikasi yang cekap dan berkesan juga terus menjulang tinggi, supaya mereka dapat bersaing dan sentiasa bersedia untuk memberikan yang terbaik dalam urusan masing-masing.

 

"Telekom Brunei Berhad (TelBru) adalah salah satu agensi kerajaan yang awal diswastakan, kira-kira dalam sepuluh tahun yang lalu dengan tujuan untuk memperbaiki lagi sistem pengurusan melalui kaedah corporate management untuk memberikan perkhidmatan telekom yang cekap dan berkesan dan meningkatkan hasil pendapatan negara.

 

"Dalam konteks ini, kita bangga melihat TelBru terus berada di barisan hadapan dalam pemberian perkhidmatan yang berkesan, menyahut wawasan negara untuk membentuk rakyat dan masyarakat yang pintar dan berilmu pengetahuan. Di sinilah masanya kita meletakkan keyakinan kita terhadap pertumbuhan sektor swasta dan memanfaatkan kaedah penswastaan di negara ini.

 

"Objektif utama ialah untuk menjaga kepentingan jangka panjang negara (the long term interest of the country) seperti yang ditekankan dalam belanjawan negara tahun ini iaitu mengukuhkan iklim perekonomian bagi mendokong pembangunan berterusan," terang Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat menambah, sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab ke atas dasar dan perkembangan ICT di negara ini, Kementerian Perhubungan akan terus memberi penekanan kepada kestabilan pasaran dan perkembangan sektor ICT serta pembangunan yang seimbang (balanced development).

 

Ke arah ini ujar Yang Berhormat, Kementerian Perhubungan terus berhadapan dengan beberapa cabaran, antaranya ialah aliran teknologi yang terus berkembang (rapid change of technology) dan realitinya bahawa negara kita terus berada sebagai pengguna (atau receiving end of technology and not as a solution provider) tanpa menumpukan perhatian kepada penyelidikan dan pembangunan, hartanah intelek berunsur ICT yang didaftarkan di negara ini masih di tahap yang rendah.

 

TelBru, ujar Yang Berhormat, terus memainkan peranan yang penting, pada masa yang sama kita juga harus peka bahawa perkembangan di tempat lain atau luar negeri adalah jauh lebih impressive dan inspirational di mana ini jelas dalam aspek penguasaan teknologi dan as a solution provider.

 

Lebih tiga dekad dalam perkhidmatan telekomunikasi, Negara Brunei Darussalam memang sudah terbiasa dengan perkembangan teknologi telekom. Mungkin ada yang ingat pada tahun 90-an melalui Jabatan Telekom Brunei, kita telah mencapai kadar penembusan telefon rumah hampir 100 peratus.

 

"Kita juga adalah pengguna awal teknologi terkini seperti Next Generation Network (NGN ), Fiber- to-the - Home (FTTH), rangkaian dan perkhidmatan 4G- LTE. Namun kita belum memanfaatkan sepenuhnya pelaburan dan prasarana yang ada yang boleh membawa kita ke tahap negara maju atau negara pengeluar," jelas Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat seterusnya melahirkan rasa kekhuatirannya akan impak signifikan terhadap jurang digital yang semakin ketara di negara ini.

 

Access to Internet menurut Yang Berhormat, terutamanya di kawasan luar bandar dan Universal Connectivity di kalangan rakyat di negara ini adalah satu cabaran yang akan membezakan perkembangan di negara ini dengan negara-negara yang membangun.

 

Sekarang terang Yang Berhormat, sudah ada gelombang baru ataupun New Wave dengan munculnya teknologi pintar yang memberikan makna baru kepada penggunaan teknologi dan perhubungan masa depan.

 

Apa yang lebih menarik, suasana ini tambah Yang Berhormat dijangka akan muncul menjelang tahun 2025 dan dianggarkan dunia akan mempunyai kira-kira 100 bilion sambungan yang mana melalui sambungan tersebut, kira-kira lima peratus adalah melalui aplikasi perniagaan seperti retail, traffic management yang membawa konsep connected nations, smart society dan juga smart manufacturing.

 

"Pakar-pakar industri yang juga meramal 5G dan Big Data akan menjadi platform penting bagi kemajuan dan perkembangan Internet of Things. Teknologi seumpama ini akan merubah segalanya yang mana rangkaian telekomunikasi akan menjadi lebih luas dan kompleks, beberapa penyedia baru akan muncul dengan buisness model yang lebih inovatif dan mencabar," terang Yang Berhormat.

 

Menurut Yang Berhormat, Kementerian Perhubungan dan AITI akan terus menilai semula keberkesanan dasar pengawalseliaan yang ada sekarang, sesuai dengan suasana eko sistem ICT yang serba canggih.

 

Yang Berhormat menambah, kita mungkin memerlukan rejim Data Protection yang lebih kukuh untuk melindungi maklumat peribadi yang dihasilkan oleh infrastruktur yang berteknologi tinggi.

 

Untuk langkah ke hadapan, Yang Berhormat hendak mencadangkan untuk meningkatkan lagi usaha ke arah pelaksanaan projek Fibre-to-the-Home dan High Speed Broadband melimpasi sasaran 40,000 rumah dan perniagaan pada tahun ini di samping meluaskan Nationwide WiFi TelBru dari 50 lokasi yang ada, yang akan membolehkan semua pelanggan untuk menikmati access to internet bila-bila masa dan di mana jua (Konsep wireless service).

 

Yang Berhormat juga percaya bahawa peningkatan infrastruktur akan membolehkan rakyat di negara ini untuk mencapai kelajuan purata internet yang tinggi daripada apa yang ada sekarang 10Mbps, untuk setanding dengan negara-negara di rantau ini.

 

Hasrat Kementerian Perhubungan untuk mengurangkan jurang digital, jelas Yang Berhormat juga hanya akan dicapai melalui kerjasama rapat di antara sektor awam dan sektor swasta dengan menempatkan kepentingan sosial dan pembangunan daripada kepentingan komersial.

 

Yang Berhormat juga berasa yakin bahawa melalui peluasan infrastruktur dan liputan perkhidmatan, lebih banyak peluang boleh diwujudkan bagi pembangunan ICT enterprises sebagai sektor penting untuk menjana peluang pekerjaan serta pertumbuhan ekonomi di negara ini. Ini selaras dengan wawasan yang digariskan di dalam Kertas Putih ICT yang dilancarkan baru-baru ini, sebagai strategi ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Aimi Sani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16