Home > Bahasa Melayu
Kunjungan Aidilfitri Kukuhkan Hubungan Brunei - Singapura
YANG Berhormat Hal Ehwal Dalam Negeri dan isteri bergambar kenangan bersama TYT Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Ehwal Luar, Republik Singapura bersama isteri dan jua rombongan
June 29th, 2017 | 08:59 AM | 1279 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Hubungan persahabatan Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura bertambah erat dengan kunjungan Hari Raya Aidilfitri Menteri-Menteri dari Republik Singapura.
Sehubungan itu, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan isteri, Datin Paduka Hajah Zahrah binti Haji Mohamad menerima kunjungan Hari Raya Aidilfitri daripada Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Ehwal Luar Negeri, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Mohamad Maliki bin Osman bersama isteri, Puan Sadiah Shahal.
Kunjungan yang diadakan di kediaman Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri di Kampung Manggis Satu, di sini, adalah sebagai tanda penghormatan dan penghargaan atas hubungan kerjasama, persahabatan dan persefahaman di antara kedua-dua buah negara.
Turut menyertai kunjungan ialah Setiausaha Parlimen Kanan, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga dan Kementerian Pendidikan, Tuan Yang Terutama Associate Professor Dr. Muhammad Faishal Ibrahim bersama isteri, Puan Hayati binti Haron dan Datuk Bandar, CDC Timur Laut, Desmond Choo.
Juga hadir semasa kunjungan tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai.
Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN serta ketua-ketua jabatan di bawah KHEDN.
TYT dan delegasi rombongan berada di negara ini dalam rangka kunjungan selama lima hari bermula 26 hingga 30 Jun 2017.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]