FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Junjung Ziarah Beri Peluang Sesama Ahli Persatuan Beramah Mesra


YANG Di-Pertua Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI), Datin Hajah Kamariah binti Haji Abdul Hamid bersama sebahagian daripada ahli-ahli PEKERTI

 


 June 29th, 2017  |  08:50 AM  |   1198 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam serta kerabat diraja merupakan salah satu peluang keemasan untuk sesama ahli-ahli sesebuah persatuan untuk saling beramah mesra dan bermaaf-maafan.

 

Demikian dinyatakan oleh Yang Di-Pertua Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI), Datin Hajah Kamariah binti Haji Abdul Hamid dalam temu bual bersama Pelita Brunei pada hari kedua Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah diadakan, di Istana Nurul Iman di sini.

 

Menurut Datin Hajah Kamariah, majlis seumpama ini mempunyai keistimewaannya tersendiri iaitu dengan kehadiran semua orang tanpa mengira bangsa, ugama serta darjat yang dapat dilihat dari pengunjung yang datang bukan saja dari kalangan rakyat Brunei dari setiap daerah malahan juga dari negara jiran serta para pelancong.

 

Katanya lagi, majlis ini juga merupakan acara yang dinanti-nantikan oleh rakyat di negara ini setiap kali menjelangnya Aidilfitri kerana berpeluang untuk bersua muka dengan kerabat diraja sambil menyembahkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

 

Di kesempatan ini, Datin Hajah Kamariah mewakili seluruh ahli PEKERTI menyembahkan ucapan Selamat Hari Raya ke hadapan najlis Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja dan mengucapkan setinggi-tinggi menjunjung kasih kerana berkenan menerima junjung ziarah sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi Tahun 1438H ini.

 

Sementara itu, salah seorang ahli Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam, Awang Mohammad Aziq bin Awang Shahfehie juga melahirkan kegembiraan kerana diberi peluang untuk menghadiri Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah ke hadapan majlis Kebawah DYMM serta kerabat diraja yang lainnya. 

 

Dengan adanya majlis seumpama ini, ujar ahli dari Pasukan 1048 (Sekolah Menengah Masin) ini lagi, beliau berpeluang menemui dan beramah mesra bersama ahli-ahli dari seluruh negara sambil mengeratkan silaturahim sesama mereka.

 

Awang Mohammad Aziq juga berkata, beliau tidak akan melepaskan peluang sekiranya diberi lagi kesempatan untuk mengunjungi Istana Terbuka sempena Aidilfitri yang memperlihatkan sifat kasih dan sayang pemimpin negara terhadap rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53