FacebookInstagramTwitterContact

 

Original Opera Marco Polo Rehearsed And Revived In Guangdong           >>           'Extreme' Solar Storms Cook Up Sweet Mother's Day Auroras For Moms Everywhere           >>           The geomagnetic storm is a nightmare for farmers relying on precision agriculture tech           >>           The geomagnetic storm is a nightmare for farmers relying on precision agriculture tech           >>           Most App Store Developers Aren’t Taking Apple Up On Its New Outside Payments Option           >>           Pre-Orders For Ghost Of Tsushima On PC Are Being Canceled In Countries Without PSN Access           >>           Toulouse Spoil PSG Title Party, Mbappé Sendoff With Surprise Win           >>           Leverkusen Crush Bochum To Stretch Unbeaten Run To 50 Games           >>           Trossard's goal proved enough to earn Arsenal all three points.           >>           Man United Earn First Women's FA Cup With Dominant Spurs Win           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sanjung Keperibadian Raja


 


 June 28th, 2017  |  08:00 AM  |   3879 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sambutan Hari Raya Aidilfitri setiap tahun di Negara Brunei Darussalam sering membawa kenangan yang indah kepada pelbagai lapisan masyarakat yang berkunjung ke Istana Nurul Iman bagi Majlis Junjung Ziarah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta ahli-ahli kerabat diraja.

 

Di hari pertama Istana Nurul Iman dibuka bagi kunjungan orang ramai, juga menyaksikan kumpulan dari para pegawai dan kakitangan kerajaan, pasukan-pasukan beruniform serta pelbagai lapisan masyarakat.

 

Antara anggota beruniform yang menyertai Majlis Junjung Ziarah di hari pertama istana dibuka bagi kunjungan orang ramai hari ini ialah Pembantu Staf kepada Pengarah Keanggotaan, 20557 Pegawai Waran 1, Hajah Samsiah binti Haji Madin dan Pembantu Jururawat Pentadbir di Pusat Khidmat Perubatan Bolkiah Garison, 20446 Pegawai Waran I, Hajah Rohayah binti Timbang.

 

Mengunjungi Istana Nurul Iman bagi Majlis Junjung Ziarah saban tahun sudah menjadi tanggungjawab anggota Kompeni Askar Wanita, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

 

Kedua-dua mereka sangat kagum dengan keperibadian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga selaku Menteri Pertahanan yang setiap tahun menerima junjung ziarah dari orang ramai.

 

Kebawah DYMM jelas mereka adalah seorang raja yang berjiwa rakyat dan sangat prihatin akan kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini.

 

Dua anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat iaitu, Ahli-ahli Bomba Wanita Kelas 1, Dayangku Asnoni binti Pengiran Haji Jaya dan Dayangku Norhayati binti Pengiran Zainal dari Balai Bomba Tumasek yang dijadualkan bertugas di Istana Nurul Iman hari ini sama-sama melahirkan rasa syukur kerana Negara Brunei Darussalam memiliki seorang raja yang mengadakan Istana Terbuka setiap tahun sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

 

Ini jelas mereka, merupakan peluang keemasan bagi rakyat serta penduduk malahan warga asing atau para pelancong yang kebetulan berada di negara ini untuk menjunjung ziarah ke hadapan majlis baginda bersama ahli-ahli kerabat diraja yang jarang ditemui di negara-negara lain.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

The Man Who Took On The Coal Industry To Save A Forest - And Won

 2024-05-13 01:31:28

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59