FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Warga Asing Turut Merasa Kemeriahan Istana Terbuka


 


 June 28th, 2017  |  07:59 AM  |   1954 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bulan Syawal memberi makna kepada semua umat Islam sebagai bulan kemenangan menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah sempurnanya kita menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan.

 

Kemeriahan bulan Syawal juga turut diserikan dengan tradisi Istana Terbuka sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri sebagai perkongsian nikmat Aidilfitri antara pemerintah negara serta kerabat diraja bersama rakyat dan penduduknya.

 

Keunikan dan keistimewaan Istana Terbuka ini tidak dilepaskan oleh ribuan orang ramai, tidak kira bangsa bagi menyembahkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berserta ahli kerabat diraja yang lain di samping berkesempatan untuk berjunjung ziarah dan bersalaman.

 

Dalam merasakan kemeriahan Istana Terbuka di hari pertama, Pelita Brunei yang bertugas sempat membuat pendekatan bersama orang ramai yang turut berkunjung memeriahkan lagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

 

Mrs Imran Sajida Imran dari Pakistan ketika ditemui melahirkan perasaan gembira dan teruja kerana berpeluang menjejakkan kaki ke Istana Nurul Iman bersama ahli keluarganya dan sama-sama merasakan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

 

Beliau berpendapat, menyertai junjung ziarah ke Istana Nurul Iman dan peluang sebegini tidak akan dilepaskan kerana ini merupakan peluang untuk berhadapan bersama raja yang dikasihi serta ahli kerabat diraja yang lain dan berlainan dengan negeri lain.

 

Bagi Agus Ali, yang bekerja di Restoran Ideal berkata, berkunjung beraya di istana sangat menggembirakan dan menyeronokkan bagi dirinya terutama apabila berhadapan dan bersalaman dengan raja kita, Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

 

Beliau yang baru setahun lebih berada di negara ini menyifatkan Kebawah DYMM merupakan seorang raja yang sangat prihatin kepada rakyat dan penduduk di negara ini dan berhati mulia menjemput rakyat dan penduduk serta warga asing untuk berkunjung ke istana bagi sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri.

 

Manakala Ilham Hamid, yang berasal dari Pakistan yang ditemani oleh ibunya juga turut teruja kerana berpeluang berkunjung ke Istana Nurul Iman dalam memeriahkan lagi suasana Aidilfitri tahun ini selain dapat menikmati berbagai juadah makanan dan minuman yang disediakan bagi para pengunjung.

 

Beliau berpendapat, kunjungan ke Istana Terbuka merupakan satu kenangan manis bagi dirinya dan keluarga dan memuji keindahan suasana kemeriahan Istana Nurul Iman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10