FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Junjung ziarah di Istana Nurul Iman Kukuhkan Hubungan Negara


 


 June 27th, 2017  |  08:06 AM  |   1297 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Istana Nurul Iman sememangnya satu penghormatan dan antara pengalaman yang sangat menggembirakan dan dinantikan bagi para pembesar negara dan diplomat asing di negara ini. 

 

Para pembesar negara dan diplomat asing berpeluang untuk menjunjung ziarah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam serta kerabat diraja yang lain, seterusnya berinteraksi dan beramah mesra.

 

Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nurul Qomar ketika ditemui Pelita Brunei melahirkan rasa syukur kerana berpeluang untuk junjung ziarah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain.

 

Menurut PYT, ini merupakan kali ketujuh beliau menghadiri majlis undangan Hari Raya di Istana Nurul Iman dan setiap tahun beliau sangat mengagumi dan menikmati suasana Hari Raya di Negara Brunei Darussalam yang sama meriahnya seperti di Indonesia, jelasnya.

 

“Perbezaan menyambut perayaan selama tujuh kali di negara ini adalah keadaannya yang semakin meriah kerana dari awal Ramadan lagi sudah dihidupkan suasana keislamannya yang sangat membantu kita lebih bersemangat lagi menjalani ibadah puasa, apatah lagi saat menjelangnya Hari Raya Aidilfitri jelas terlihat di wajah hadirin dan rakyatnya yang amat menantikan peluang untuk berhari raya di Istana Nurul Iman dan ini adalah antara ciri keunikan tersendiri yang mungkin tidak ada di negara lain,” ujar PYT lagi.

 

Di kesempatan ini juga, beliau mewakili Kerajaan Republik Indonesia ingin menyembahkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri ke hadapan majlis Kebawah DYMM dan kerabat diraja yang lain seterusnya mendoakan baginda serta kerabat diraja sentiasa sihat sejahtera dan juga seluruh rakyat baginda dan Negara Brunei Darussalam bahagia, aman, damai dan makmur.  Di samping itu,  beliau juga sangat menghargai hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara yang sudah sekian lama terjalin.

 

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Datuk Ghulam Jelani bin Khanizaman pula berkata, ini merupakan kali kedua beliau menghadiri majlis undangan Hari Raya di Istana Nurul Iman, dan beliau begitu kagum melihat suasana kemesraan dan muhibah yang terjalin di antara semua tetamu-tetamu khas yang diundang.

 

TYT berharap, melalui acara perayaan sebegini akan dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang dan akan dapat memperkukuhkan lagi hubungan kedua-dua buah negara berserta negara-negara yang lain.

 

Pada umumnya jelas TYT, terdapat persamaan sambutan Hari Raya di Negara Brunei Darussalam dan Malaysia antaranya pelbagai juadah hidangan tersedia menjelangnya Aidilfitri, tradisi kunjung-mengunjungi sanak saudara, dan menghadiri rumah terbuka yang diadakan oleh pihak kerajaan.

 

“Tetapi yang uniknya di Negara Brunei Darussalam, perayaan Hari Raya adalah yang sangat dinantikan oleh sekalian pembesar negara mahupun rakyat jelata serta pelawat-pelawat dari luar negara kerana adanya tradisi berziarah ke Istana Nurul Iman selama tiga hari berturut-turut memberi peluang untuk menjunjung ziarah ke hadapan majlis Kebawah DYMM berserta kerabat diraja yang lain,”ujarnya.

 

Tambah TYT, ini adalah merupakan satu pengalaman yang sangat unik tambahnya yang mungkin tidak berlaku di negara lain. Di samping memberi peluang dan ruang kepada semua orang untuk datang berkunjung dan seterusnya berjunjung ziarah dan menikmati jamuan yang tersedia di Istana malah ini adalah pendekatan yang sangat baik dan sangat disanjungi oleh semua pihak dan beliau sendiri merasa bertuah kerana dapat sama-sama merasakan pengalaman dan nikmat  meraikan Hari Raya di negara ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16