Home > Bahasa Melayu
Pejabat Kebawah DYMM Bertahlil di Kubah Makam Diraja
June 23rd, 2017 | 08:45 AM | 1150 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengadakan Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja, di sini.
Majlis Bertahlil sempena bulan Ramadan Al-Mubarak itu khusus bagi ayahanda dan bonda Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.
Antara yang menyertai majlis keagamaan itu ialah Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Haji Alauddin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar; Timbalan Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah DYMM, Dato Paduka Haji Hamidon bin Haji Ibrahim serta pegawai-pegawai kanan, para pegawai serta kakitangan Pejabat Kebawah DYMM.
Bacaan Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Awang Haji Abdul Rahman bin Mahmuda.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]