Home > Bahasa Melayu
35 Keluarga Terima Sumbangan YSHHB
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan menyampaikan sumbangan kepada orang yang memerlukan sebahagian penduduk di Mukim Kiudang
June 23rd, 2017 | 08:43 AM | 1045 views
TUTONG
Sebanyak 35 buah keluarga warga emas serta yang kurang berkemampuan dan memerlukan di Mukim Kiudang telah menerima sumbangan dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB - Yayasan) dalam lawatan kerja yang diadakan di Daerah Tutong.
Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan mengetuai rombongan tersebut bagi menyampaikan sumbangan ke rumah-rumah penerima.
Turut menyertai rombongan ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, selaku Penghulu Mukim Telisai; Pengarah Urusan Yayasan, Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, pegawai-pegawai kerajaan berkenaan serta pegawai dan kakitangan Yayasan.
Lawatan kerja dimulakan di Masjid Kampung Kiudang dengan penyerahan sumbangan berupa peralatan keperluan bagi masjid berkenaan.
Semasa lawatan tersebut, sebanyak 21 buah rumah dari sembilan buah kampung di Mukim Kiudang telah dikunjungi.
Yayasan telah menyampaikan beberapa sumbangan berbentuk kewangan, barangan keperluan asasi dan makanan serta peralatan keperluan pesakit khusus bagi seorang warga emas yang memerlukan berjumlah BND37,376 keseluruhannya.
Manakala, daripada 35 buah keluarga berkenaan, sebanyak empat buah keluarga menerima bantuan dari Yayasan bagi membaik pulih rumah yang berkeadaan daif dan kurang selamat.
Pengendalian pengagihan barang-barang bantuan yang disumbangkan semasa lawatan kerja itu dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik Yayasan, iaitu Persatuan Pacuan Empat Roda Brunei Darussalam (4WD BD) dalam menyediakan kemudahan pengangkutan.
Yayasan sebagai wadah amal jariah atau derma khairat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan keluarga baginda, sentiasa memberikan pemedulian serta perhatian terhadap kebajikan juga kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini khususnya golongan yang memerlukan bantuan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]