FacebookInstagramTwitterContact

 

Natural Remedies That Defeat Chronic Stress And Support Adrenal Health           >>           Korean Researchers Say That Mulberry Leaf Extract Manages Blood Sugar Levels           >>           Sushi Lovers, Rejoice: Wasabi Can Help Prevent Cancer           >>           You Can Now Hire Out Abandoned London Tube Stations For Your Next Party           >>           Chad Michael Murray Shares Daughter’s Reaction To Watching A Cinderella Story           >>           Chris Pine Reflects On Losing Out On The O.C. Role Due To His "Bad Acne"           >>           'Extreme' Geomagnetic Storm May Bless Us With More Aurora Displays Tonight And Tomorrow           >>           Inter Regu National League Sepak Takraw           >>           Singapore Premier League           >>           Briefing on STEAM Education           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sumbangan Bagi 12 Pesakit Kurang Berkemampuan


Kesihatan menyampaikan sumbangan derma kepada salah seorang pesakit yang memerlukan bantuan

 


 June 23rd, 2017  |  08:29 AM  |   755 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Kesihatan mengadakan lawatan ke rumah-rumah pesakit yang kurang berkemampuan bagi menyampaikan sumbangan derma, barang-barang keperluan asas dan peralatan perubatan kepada pesakit serta keluarga yang telah dikenal pasti dan berdaftar di Bahagian Kebajikan Perubatan di kawasan Daerah Brunei dan Muara (DBM), Daerah Tutong juga Daerah Belait.

 

Pada tahun ini, seramai 12 pesakit dan keluarga yang berdaftar di bawah Bahagian Kebajikan Perubatan telah dikenal pasti bagi tujuan lawatan berkenaan.

 

Rombongan lawatan dibahagikan pada tiga kumpulan, iaitu satu kumpulan rombongan di DBM, satu rombongan di Daerah Tutong dan serombongan di Daerah Belait.

 

Bagi DBM diketuai oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi.

 

Manakala di Daerah Tutong rombongan diketuai oleh Pemangku Setiausaha Tetap, Dr. Hajah Maslina binti Haji Mohsin dan rombongan di Daerah Belait pula diketuai oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar), Dr. Awang Hazri bin Haji Kifle.

 

Aktiviti tersebut merupakan salah satu aktiviti kebajikan tahunan yang diungkayahkan oleh Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Kebajikan Perubatan bagi menyerahkan sumbangan yang terkumpul dari Tabung Bantuan Amal Pesakit Bahagian Kebajikan Perubatan yang diperoleh dari sumbangan ikhlas daripada warga Kementerian Kesihatan, persatuan-persatuan, pihak swasta dan orang-orang persendirian.

 

Bahagian Kebajikan Perubatan adalah antara bahagian yang memainkan peranan penting dalam membantu pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan dari segi sosio-ekonomi mereka.

 

Dalam pada itu, keprihatinan serta sumbangan yang dihulurkan ini adalah diharapkan sedikit-sebanyak akan dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan, di samping dapat memberikan dorongan dan galakan kepada orang ramai, persatuan-persatuan dan pihak swasta untuk sama-sama membantu mereka yang memerlukan.

 

Turut serta dalam lawatan amal tersebut ialah Ketua-ketua Fungsi Kementerian Kesihatan bersama-sama dengan pegawai perubatan dan kakitangan hospital berserta dengan anggota dari Persatuan Perubatan Brunei (BMA), Persatuan Kesihatan Bersekutu (AHA), Persatuan Saintis Makmal Perubatan Brunei (BAMLS) dan Persatuan Jururawat (PENJURU).

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hundreds Feared Dead In Afghanistan Flash Flooding

 2024-05-12 01:56:04

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59