FacebookInstagramTwitterContact

 

Juventus Review Ruling As Club Ordered To Pay Ronaldo $10m           >>           Man City's Guardiola Won't Judge Madrid's Defensive Tactics           >>           Kimmich Goal Sees Bayern Beat Arsenal To Enter Semifinal           >>           Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract           >>           Ex-Post Office Chair Defends Himself Against Claims           >>           Royal Bank Of Scotland To Close A Fifth Of Branches           >>           UK Inflation Falls As Some Food Prices Drop           >>           The West Says China Makes Too Much. Its Workers Disagree           >>           Study Claims Drinking A Mug Of Black Tea Provides Enough Nutrients To Prevent COVID Infection           >>           Buyers Beware: Turmeric Products Are Often Contaminated With Lead           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


18,299 Terima Kurnia Peribadi Kebawah DYMM


Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah, selaku wakil peribadi Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

 


 June 21st, 2017  |  10:14 AM  |   4655 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sejumlah 18,299 penerima dicatatkan menerima Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempena Hari Raya Aidilfitri 1438 Hijrah tahun ini.

 

Daripada jumlah berkenaan, para penerima dari Daerah Brunei dan Muara mencatatkan sebanyak 12,012 orang iaitu 7,400 penerima kelmarin dan 4,612 hari ini dan penyampaiannya berlangsung secara berasingan di Istana Nurul Iman di sini. Sementara selebihnya adalah penerima dari Daerah Belait seramai 2,658; di Daerah Tutong 2,887 penerima dan di Daerah Temburong 742 penerima.

 

Berangkat  menyempurnakan pengurniaan  di Dewan Resepsi  Istana Nurul Iman,  ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah, selaku wakil peribadi Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Keberangkatan tiba YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah di Dewan Resepsi dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apongdan Datin serta Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman dan Datin.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.

 

Di ruang lain, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berkenan berangkat menyampaikan kurnia peribadi di Baitur Rahmah.

 

Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman dan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah dan Datin. 

 

Bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

 

Para penerima adalah golongan tertentu terdiri daripada Orang Berkeperluan Khas (OBK), anak yatim serta mereka yang menerima Bantuan Kebajikan Bulanan dan bantuan daripada Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB).

 

Setentunya, kita di bumi Darussalam ini amat bertuah dengan adanya seorang raja yang dermawan yang senantiasa memeduli kebajikan rakyat dan penduduknya dan kurnia baginda itu juga diberikan kepada mereka yang berlainan agama dan bangsa.

 

Selain itu, para penerima juga tidak pulang dengan tangan kosong malah mereka diberikan buah tangan sebelum meninggalkan istana sebagai tanda prihatin baginda serta berbagi kegembiraan menjelang Aidilfitri yang bakal tiba.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-18 23:31:16