FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


AJK Masjid Kampung Batu Marang Khatam 30 Juz


 


 June 19th, 2017  |  09:40 AM  |   1418 views

BATU MARANG

 

Majlis Khatam Al Quran bagi peserta tadarus Al-Quran di sepanjang bulan Ramadan telah diungkayahkan oleh Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Batu Marang di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Roslan bin Haji Taja'ah.

 

Seramai 221 peserta yang menyertai majlis tadarus berkenaan, iaitu 103 lelaki dan 118 perempuan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh tetamu kehormat majlis dan diikuti dengan bacaan ayat-ayat lazim yang diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid / Ketua Imam Masjid Kampung Batu Marang, Awang Saiful Rizal bin Haji Abd. Ghafar.

 

Bacaan tahtim dan doa khatam dibacakan oleh Imam Masjid Kampung Batu Marang, Awang Muhammad Sharine Hadiman bin Sahari dan seterusnya persembahan Dikir Marhaban bagi menyerikan suasana majlis.

 

Kemudian diteruskan dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada pentasmik utama yang pernah berjasa sebelum ini ,iaitu Mantan Imam, Awang Haji Ahmad bin Haji Bini dan Pengiran Haji Merali bin Pengiran Ismail.

 

Majlis juga turut menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta dan sijil ahli jawatankuasa kerja yang diterima oleh Pengerusi Majlis Tadarus, Awang Haji Mohammad Isa bin Haji Marsidi.

 

Bacaan doa selamat Allah peliharakan Sultan dan Negara telah dibacakan oleh Awang Saiful Rizal bin Haji Abd. Ghafar.

 

Turut hadir ialah para penasihat jawatankuasa takmir Masjid Kampung Batu Marang, Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid, Ahli-ahli Muslimah, para jemaah dan penduduk-penduduk Kampung Batu Marang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16