Home > Bahasa Melayu
Projek Lebih 50 Petak Gerai Ramadan Disediakan
Para penjaja kelihatan sedang melakukan persediaan ke atas gerai masing-masing termasuk dari segi hiasan dan juga stok bahan mentah untuk jualan di hari pertama berpuasa
May 28th, 2017 | 06:50 AM | 1271 views
TUTONG
Di negara ini, kemudahan berjaja diberikan keutamaan yang mana gerai-gerai Ramadan disediakan di beberapa buah lokasi bagi membolehkan para peniaga menjual pelbagai juadah makanan dan minuman untuk umat Islam membeli juadah untuk berbuka.
Dengan bermula ibadah puasa hari ini, Gerai-gerai Ramadan juga disediakan di setiap daerah bagi memberikan peluang kepada para peniaga kecil dan sederhana mencari rezeki menambah pendapatan sampingan selain memberi kemudahan kepada umat Islam membeli juadah berbuka puasa.
Tahun ini Gerai Ramadan bagi Daerah Tutong diadakan di kawasan lapang berhadapan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, di sini.
Lebih 50 petak gerai jualan disediakan bagi jualan makanan dan minuman dan sebahagian petak bagi jualan salaian.
Gerai-gerai jualan dibuat mengikut syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak yang dipertanggungjawabkan dengan melakukan pemeriksaan kesihatan badan kepada para peniaga bagi memulakan perniagaan.
Gerai-gerai jualan bermula seawal 12.00 tengah hari hingga 6.00 petang setiap Isnin hingga Khamis, Sabtu dan Ahad, manakala Jumaat pula bermula jam 2.30 petang hingga 6.00 petang.
Dalam pada itu, para peniaga disaran agar dapat menjaga kebersihan kawasan persekitaran sepanjang mengusahakan Gerai Ramadan masing-masing.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]